DUNIA
Banjir Sumatera: Penduduk rayu timbunan kayu dibersihkan, mahu mula hidup baharu
Antara rumah yang rosak akibat banjir yang melanda Kampung Geudumbak, Mukim Langkahan, Aceh Utara pada 26 Nov lalu. - Foto Bernama
ACEH: Hampir sebulan selepas banjir besar melanda Sumatera, penduduk di beberapa kawasan terjejas kini berdepan cabaran baharu apabila timbunan jutaan batang kayu balak yang dihanyutkan arus deras masih menutupi tanah di kawasan kediaman dan kebun.
Ringkasan AI
Bagi penduduk, mereka kini sudah reda walaupun apa yang dilalui adalah antara hidup dan mati apabila terpaksa berpaut pada pokok, tiang elektrik serta berlindung di atas bumbung rumah tanpa makanan dan minuman selama tiga hari.
Dalam fikiran mereka ketika ini ialah bagaimana untuk memulakan semula kehidupan, apabila kebun dan tanah tempat mencari rezeki masih ditimbus sepenuhnya kayu-kayu berkenaan.
"Kalau dibakar pun kayu ini, tak akan habis," kata Suriani Ali Basha, 45, dari Kampung Geudumbak, Mukim Langkahan, Aceh Utara di sini sambil cuba menyelitkan nada berseloroh walaupun hakikatnya rumahnya kini 'dikepung' kayu balak bersaiz besar.
Suriani berkata pendapatannya bergantung kepada kebun sawit sebelum ini, namun kejadian banjir bulan lepas memusnahkan segala-galanya.
"Saya sendiri 'terjebak' di bumbung masjid selama tiga hari tiga malam. Tak makan, tak minum. Kalau tidur, takut terjatuh. Kami guna kain untuk kumpulkan air hujan dan perah untuk anak-anak minum," katanya.
Menurut beliau, mereka dibantu penduduk lain untuk naik ke bumbung masjid dan madrasah, manakala warga yang uzur diikat menggunakan tali bagi mengelakkan terjatuh ketika hujan dan cuaca pula cukup sejuk pada sebelah malam.
"Hanya selepas air surut barulah kami turun. Sekarang kami tinggal di khemah darurat di luar kawasan kampung," katanya.
Bagi Imam Kampung Gedumbak, Mukim Langkahan, Aceh Utara Rustam Abdullah, 49, walaupun banjir telah surut dan bantuan makanan disalurkan, timbunan kayu yang menutup tanah dan kebun menyebabkan penduduk berada dalam keadaan buntu.
"Ada orang cuma ada satu petak tanah. Itulah tempat dia cari makan. Sekarang tanah itu sudah ditimbus kayu. Di mana dia mahu tanam sawit, tanam kelapa.
"Kita semua bingung. Tak tahu arah kehidupan selepas ini. Ada yang menangis, ada yang resah. Rasa macam dunia telah kiamat," katanya sambil menunjukkan kawasan rumahnya yang musnah.
Beliau yang juga mangsa banjir masih mengingati dengan jelas pada 26 Nov lepas, saat air mula naik mendadak.
"Setakat pukul 8 pagi, air masih paras lutut. Kami sangka biasa sahaja tetapi menjelang tengah hari, air sudah cecah dada. Kami terus arahkan semua penduduk keluar. Jangan fikir harta, selamatkan nyawa dulu," katanya.
Namun, apa yang berlaku selepas itu jauh lebih dahsyat apabila menjelang 2 pagi, paras air dianggar mencecah hampir lima meter, memerangkap ratusan penduduk di atas bumbung rumah dan pokok serta batang kayu selama hampir dua hari dua malam.
"Kami tak ada makanan, tak ada minuman. Anak-anak kecil menangis. Kami tadah air hujan guna gelas, itu saja yang ada," katanya dan menambah ketika itu mereka belum mengetahui bahawa gelombang kayu balak sudah meranapkan kediaman serta memusnahkan tanaman sawit mereka.
"Rumah habis ranap dihentam kayu. Ada yang terus tertimbus. Hari kelima kami masuk semula, kebun dan tanah penduduk sudah tidak kelihatan. Kayu bertimbun setinggi hampir empat meter," katanya dan menambah kira-kira 20 rumah jirannya juga musnah akibat ditimpa kayu.
Seorang lagi penduduk, Zainal Abidin, 30, berkata kebun durian, jagung dan pisang miliknya seluas kira-kira satu hektar yang terletak di belakang rumah yang menjadi satu-satunya sumber pendapatan keluarga juga musnah.
"Semua sudah tidak kelihatan. Tanah pun tak nampak. Rumah pun dah tak ada. Cuma, menjadi harapan saya agar kayu-kayu ini dapat dialihkan segera," katanya.
Sementara itu, Rahmawati Ibrahim, 42, berkata kebun limau nipis yang diusahakannya sejak berbelas tahun musnah dalam timbunan kayu balak.
"Kebun itu tempat saya mencari rezeki. Sekarang semuanya hancur. Rumah saya pun di sana, mohon kayu-kayu ini dialihkan segera supaya kami dapat bercucuk tanam semula," katanya.
Setakat ini, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) merekodkan 1,090 orang dilaporkan terkorban dalam bencana yang melanda tiga wilayah, iaitu Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, manakala hampir 200 orang dilaporkan masih hilang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penduduk kawasan terjejas banjir di Sumatera kini berhadapan dengan cabaran baru akibat timbunan jutaan batang kayu balak yang masih menutupi tanah kediaman dan kebun.
- Banjir bulan lalu menyebabkan penduduk terpaksa berpaut pada pokok dan tiang elektrik, berlindung di atas bumbung rumah tanpa makanan dan minuman selama tiga hari, serta kehilangan sumber pendapatan seperti kebun sawit dan tanaman.
- Bencana banjir ini menyebabkan kebingungan dan keresahan di kalangan penduduk, dengan banyak yang merasa dunia mereka telah kiamat disebabkan tanah dan kebun mereka ditimbus kayu balak, meranapkan sumber rezeki serta tempat tinggal.