Banjir timpa bandar Daejeon, ratusan kediaman alami kerosakan

Agensi
Julai 30, 2020 14:54 MYT
Laporan berita tempatan memaklumkan, seorang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas rumah mereka dinaiki air. - Gambar The Korea Herald
Ratusan kediaman di bandar Daejeon, Korea Selatan mengalami kerosakan akibat banjir susulan hujan lebat yang melanda sejak awal pagi Khamis.
Pihak bomba turut dikerahkan bagi mengeluarkan mangsa yang terkandas di kawasan perumahan pangsapuri dengan menggunakan bot.
Laporan berita tempatan memaklumkan, seorang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas rumah mereka dinaiki air.
Menurut pihak berkuasa berkaitan cuaca negara itu, hujan lebat pada Khamis adalah yang keempat tertinggi pernah dicatatkan di bandar Daejun.
#banjir #bomba #bot #hujan lebat #Korea #Korea Selatan #mangsa #meninggal dunia