[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
DUNIA

Banjir: White House isytihar bencana besar di Kentucky

Astro Awani 29/07/2022 | 23:20 MYT
Beberapa rumah penduduk yang ditenggelami air susulan hujan lebat berterusan di Kentucky. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Joe Biden isytihar bencana besar di Kentucky yang setakat ini telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa.
Setiausaha Akhbar White House Karine Jean-Pierre membuat pengumuman berkenaan dalam satu taklimat pada Jumaat.
Katanya, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) telah mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat ke Kentucky untuk membantu usaha itu dan White House akan terus memantau keadaan dan memberikan bantuan tambahan.
Hujan lebat terus melanda wilayah itu pada Jumaat dan pihak berkuasa memberi amaran angka kematian mungkin akan meningkat dengan mendadak.
Beberapa laluan air dijangka tidak dapat menampung jumlah hujan yang semakin lebat.
#banjir #bencana #Joe Biden #bantuan