awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Dunia dijangka pilih presiden baharu menjelang awal Mei

Bernama
Bernama
23/02/2023
09:55 MYT
Bank Dunia dijangka pilih presiden baharu menjelang awal Mei
Buat masa ini badan kewangan dunia itu sudah pun menerima pencalonan untuk pengganti Malpass. - Gambar fail
MOSCOW: Lembaga Pengarah Eksekutif Bank Dunia dijangka memilih pengganti Presiden David Malpass, menjelang awal Mei, lapor Sputnik.
Buat masa ini badan kewangan dunia itu sudahpun menerima pencalonan untuk pengganti Malpass.
"Pihak lembaga pengarah mengesahkan komitmen untuk membuat proses pemilihan secara terbuka, berasaskan merit dan telus untuk memilih presiden yang baharu...sesi temu duga rasmi semua calon yang disenarai pendek akan dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif," menurut kenyataan bank itu.
Menurut bank itu, pencalonan boleh dikemukakan sehingga 29 Mac dan calon wanita amat digalakkan.
Baru-baru ini, Malpass mengumumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan pada 30 Jun, kira-kira setahun sebelum penggal rasmi beliau tamat.
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen berkata Washington akan mengemukakan calon tidak lama lagi.
Jawatan Presiden Bank Dunia secara tradisinya dipegang oleh rakyat Amerika yang dicalonkan Washington.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#pemilihan presiden
#David Malpass
#pencalonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan