awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banksy pamer karya seni baharu di bangunan musnah akibat perang di Ukraine

Bernama
Bernama
13/11/2022
06:41 MYT
Banksy pamer karya seni baharu di bangunan musnah akibat perang di Ukraine
Salah satu daripada hasil karya Banksy yang terpapar di tembok sebuah bangunan yang musnah di bandar Irpin, Ukraine. - Reuters
KYIV: Artis jalanan terkenal Banksy melancarkan karya seni baharunya di Ukraine yang distensil di sisi bangunan yang rosak akibat terkena tembakan.
Menurut United Press International (UPI), karya itu yang disiarkan di akaun Instagram Banksy, memaparkan pandangan sisi figura manusia yang berdiri menggunakan tangan (handstand) di atas timbunan runtuhan dengan rambut diikat ke belakang menjadi sanggul pada stensil hitam putih dengan tandatangannya.
Banksy tidak jelaskan banyak kapsyen untuk karya seni baharu itu, namun melabelkan lokasinya di bandar Borodyanka -- terletak kira-kira 35 batu barat laut Kyiv. Ia adalah antara bandar pertama yang menyaksikan serangan udara Rusia selepas Presiden Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan itu pada Februari.
Penyiaran itu seolah-olah mengesahkan laporan bahawa artis itu -- yang lukisannya telah dijual dengan harga berpuluh-puluh juta dolar -- berada di Ukraine selepas mural lain yang kelihatan dibuat mengikut gayanya dikesan muncul di seluruh negara yang dilanda perang itu.
UPI juga melaporkan bahawa dalam karya seni lain, yang masih belum dituntut oleh Banksy, seorang budak lelaki boleh dilihat membalikkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Putin dalam perlawanan judo.
Banksy yang kekal tanpa dikenali walaupun sudah berkarya hampir dua dekad, terkenal kerana hasil seni dengan mesej sosiopolitik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banksy
#hasil seni
#perang ukraine
#artis jalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan