DUNIA
Bantahan Kemboja disanggah, wilayah dipertikai didakwa milik Thailand
Tentera Thailand menggesa orang awam menyemak MoU 43 dan surat bantahan rasmi sebagai bukti bahawa kawasan tersebut adalah milik Thailand. -Foto fail/Reuters
BANGKOK: Tentera Diraja Thailand menolak dakwaan kerajaan Kemboja bahawa Thailand telah menceroboh wilayahnya, sambil menegaskan kawasan sempadan yang dipertikaikan adalah sebahagian daripada wilayah berdaulat Thailand.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jurucakap Tentera Diraja Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, berkata tuduhan bahawa Thailand merampas kawasan dalam empat wilayah Kemboja adalah tidak berasas dan bercanggah dengan fakta sejarah serta perjanjian sedia ada.
“Kami menegaskan bahawa Thailand tidak pernah menceroboh wilayah Kemboja. Sebaliknya, kami berdepan pencerobohan sistematik oleh pihak Kemboja sejak beberapa dekad lalu,” katanya seperti dilaporkan portal Khaosod English.
Ketegangan tercetus selepas Kementerian Luar Negeri Kemboja mengemukakan bantahan rasmi terhadap kehadiran tentera Thailand di kawasan sempadan berhampiran Ban Nong Chan, wilayah Sa Kaeo.
Kemboja mendakwa Thailand melanggar kedaulatan mereka dengan menduduki kawasan yang dikatakan milik Kemboja.
Bagaimanapun, tentera Thailand menegaskan kawasan itu berada dalam sempadan Thailand berdasarkan Memorandum Persefahaman 43 (MoU 43) yang ditandatangani kedua-dua negara pada tahun 2000.
MoU tersebut menetapkan mekanisme pengurusan pertikaian sempadan secara diplomatik dan teknikal.
Menurut laporan The Thaiger, tentera Thailand menggesa orang awam meneliti semula kandungan MoU 43 dan surat bantahan rasmi yang pernah dikemukakan oleh Thailand sebagai bukti bahawa kawasan tersebut adalah milik sah Thailand.
Sementara itu, laporan Bangkok Post menyebut pihak berkuasa Thailand menuduh Kemboja menyokong pembinaan penempatan haram di kawasan yang terletak dalam wilayah Thailand, sekali gus melanggar perjanjian dua hala dan mencetuskan ketegangan baharu di sempadan.
Kementerian Luar Negeri Thailand dijangka mengadakan rundingan diplomatik dengan rakan sejawatnya dari Kemboja dalam masa terdekat bagi meredakan ketegangan dan mengelakkan insiden ketenteraan di kawasan sempadan sensitif itu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Tentera Diraja Thailand menafikan dakwaan menceroboh wilayah Kemboja, menyatakan kawasan sempadan yang dipertikaikan adalah sebahagian wilayah Thailand yang sah.
- Ketegangan antara kedua negara tercetus berikutan bantahan rasmi Kemboja terhadap tentera Thailand di kawasan sempadan berhampiran Ban Nong Chan, wilayah Sa Kaeo.
- Tentera Thailand menggesa orang awam menyemak MoU 43 dan surat bantahan rasmi sebagai bukti bahawa kawasan tersebut adalah milik Thailand, sementara menuduh Kemboja menyokong penempatan haram di wilayah Thailand, mencetuskan ketegangan baru di sempadan.
Jurucakap Tentera Diraja Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, berkata tuduhan bahawa Thailand merampas kawasan dalam empat wilayah Kemboja adalah tidak berasas dan bercanggah dengan fakta sejarah serta perjanjian sedia ada.
“Kami menegaskan bahawa Thailand tidak pernah menceroboh wilayah Kemboja. Sebaliknya, kami berdepan pencerobohan sistematik oleh pihak Kemboja sejak beberapa dekad lalu,” katanya seperti dilaporkan portal Khaosod English.
Ketegangan tercetus selepas Kementerian Luar Negeri Kemboja mengemukakan bantahan rasmi terhadap kehadiran tentera Thailand di kawasan sempadan berhampiran Ban Nong Chan, wilayah Sa Kaeo.
Kemboja mendakwa Thailand melanggar kedaulatan mereka dengan menduduki kawasan yang dikatakan milik Kemboja.
Bagaimanapun, tentera Thailand menegaskan kawasan itu berada dalam sempadan Thailand berdasarkan Memorandum Persefahaman 43 (MoU 43) yang ditandatangani kedua-dua negara pada tahun 2000.
MoU tersebut menetapkan mekanisme pengurusan pertikaian sempadan secara diplomatik dan teknikal.
Menurut laporan The Thaiger, tentera Thailand menggesa orang awam meneliti semula kandungan MoU 43 dan surat bantahan rasmi yang pernah dikemukakan oleh Thailand sebagai bukti bahawa kawasan tersebut adalah milik sah Thailand.
Sementara itu, laporan Bangkok Post menyebut pihak berkuasa Thailand menuduh Kemboja menyokong pembinaan penempatan haram di kawasan yang terletak dalam wilayah Thailand, sekali gus melanggar perjanjian dua hala dan mencetuskan ketegangan baharu di sempadan.
Kementerian Luar Negeri Thailand dijangka mengadakan rundingan diplomatik dengan rakan sejawatnya dari Kemboja dalam masa terdekat bagi meredakan ketegangan dan mengelakkan insiden ketenteraan di kawasan sempadan sensitif itu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah dakwaan yang dibuat oleh kerajaan Kemboja terhadap Tentera Diraja Thailand?
A: Kerajaan Kemboja mendakwa Tentera Diraja Thailand merampas kawasan dalam empat wilayah Kemboja dan melanggar kedaulatan mereka. - Q: Apa yang ditegaskan oleh Tentera Diraja Thailand mengenai kawasan sempadan yang dipertikaikan?
A: Tentera Diraja Thailand menegaskan bahawa kawasan sempadan yang dipertikaikan adalah sebahagian daripada wilayah berdaulat Thailand dan menafikan tuduhan menceroboh wilayah Kemboja. - Q: Apakah Memorandum Persefahaman 43 (MoU 43) yang disebut dalam artikel itu?
A: MoU 43 adalah perjanjian yang ditandatangani oleh Thailand dan Kemboja pada tahun 2000 untuk menetapkan mekanisme pengurusan pertikaian sempadan secara diplomatik dan teknikal. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh tentera Thailand berhubung dengan kehadiran di kawasan sempadan?
A: Tentera Thailand menggesa orang awam meneliti kandungan MoU 43 dan surat bantahan rasmi yang pernah dikemukakan oleh Thailand sebagai bukti bahawa kawasan tersebut adalah milik sah Thailand. - Q: Apa yang dijangka dilakukan oleh Kementerian Luar Negeri Thailand bagi meredakan ketegangan dengan Kemboja?
A: Kementerian Luar Negeri Thailand dijangka mengadakan rundingan diplomatik dengan rakan sejawatnya dari Kemboja dalam masa terdekat bagi meredakan ketegangan dan mengelakkan insiden ketenteraan di kawasan sempadan sensitif tersebut.
#konflik Thailand-Kemboja
#wilayah Surin
#ICJ
#Suruhanjaya Sempadan Bersama Thailand-Kemboja JBC
#Kuil Preah Vihear