awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terengganu kembali banjir, 369 mangsa dipindahkan di tiga daerah
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
New York wajibkan amaran kesihatan mental pada platform media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantu petugas kesihatan dengan tidak pulang ke kampung - Muhammadiyah

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2021
00:01 MYT
Bantu petugas kesihatan dengan tidak pulang ke kampung - Muhammadiyah
Menurut Haedar, tidak pulang semasa perayaan ketika pandemik merupakan salah satu sifat soleh di dalam diri dalam memahami agama. - Foto fail
JAKARTA: Organisasi Islam kedua terbesar di dunia, Muhammadiyah meminta masyarakat supaya tidak pulang ke kampung ketika bulan Ramadan tahun ini.
Ketua Umum Pimpinan Pusatnya, Haedar Nashir berkata, langkah itu dilihat sebagai bentuk empati dan tanggungjawab moral kepada petugas kesihatan yang sedang berjuang menghadapi pandemik COVID-19.
"Kita harus mempunyai empati kepada petugas kesihatan yang masih berjuang di hospital dan sukarelawan yang menghadapi wabak ini," katanya, pada Selasa.
Menurut Haedar, tidak pulang semasa perayaan ketika pandemik merupakan salah satu sifat soleh di dalam diri dalam memahami agama, lapor portal berita tempo.co.
Katanya, masyarakat harus saling menjaga dan mengambil peduli antara satu sama lain.
Jelasnya lagi, pulang ke kampung semasa perayaan akan membuatkan kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat.
"Belum boleh lagi dan sesuai dengan arahan kerajaan, sebaiknya tidak perlu pulang ke kampung," ujarnya.
Beliau turut menyeru masyarakat supaya bersabar kerana pihaknya yakin COVID-19 akan segera diatasi dan berakhir.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#kesihatan
#COVID-19
#pandemik
#petugas kesihatan
#Muhammadiyah
#Haedar Nashir
#tanggungjawab moral
#ramadan2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan