DUNIA
Bantuan makanan penduduk Gaza dirompak ‘api dalam sekam’ - MyCare

Penduduk Palestin membawa bantuan makanan yang diagihkan di utara Gaza. - AP/Jehad Alshrafi
KUALA LUMPUR: Bantuan kemanusian yang disalurkan kepada penduduk Gaza diancam rompakan oleh pengkhianat dalam kalangan mereka sendiri.
Ringkasan AI
- Kumpulan seperti Yasser Abu Shabab didakwa merompak bantuan makanan yang masuk ke Gaza dan mengugut penduduk untuk merampas lebih banyak barangan.
- Aktiviti jenayah ini menyebabkan harga bahan asas seperti tepung meningkat dari AS$600 ke AS$1,200, dipercayai didalangi dan dibiayai oleh Israel untuk menimbulkan kekacauan dalaman.
- NGO seperti MAHAR tetap menyalurkan bantuan kewangan untuk menyediakan makanan kepada rakyat Gaza yang kelaparan, meskipun berdepan harga tinggi dan risiko keselamatan.
"Makanan dan bantuan yang masuk ke Palestin sama ada melalui pintu Zikim atau Rafah dirompak oleh kumpulan penjenayah. Antara yang terkenal dan sudah dikenal pasti ialah kumpulan Yasser Abu Shabab.
“Kumpulan ini berada berdekatan Karm Abu Salem dan mereka merompak barangan yang dibawa masuk. Selain itu, mereka juga pergi ke tempat-tempat agihan bantuan dan ugut penduduk Palestin untuk rampas lebih banyak barangan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Bantuan makanan penduduk Gaza dirompak ‘api dalam sekam’ - MyCare
Dalam temu bual sama, Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari mendedahkan kegiatan rompakan ini telah menyebabkan harga makanan dalam Gaza melambung ke tahap tidak masuk akal.
Menurutnya, bulan lalu tepung 50 kilogram dijual pada harga AS$600, tetapi pada Ahad dimaklumkan harga bahan asas itu melonjak sehingga AS$1,200.
“Dipercayai kumpulan ini dibiayai oleh Israel untuk menimbulkan kacau-bilau dalam Gaza. Pada masa yang sama, perompak-perompak ini akan jual barangan dalam Gaza pada harga yang amat tinggi,” ujar Jismi.
Namun, senario ini tidak menghalang usaha pasukan beliau untuk terus menyalurkan bantuan sebaik mungkin untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin yang kelaparan.
“Harga barangan yang kian meningkat tetapi sangat diperlukan. Walaupun harga yang tinggi, keperluan makanan sangat mendesak. Kami tetap hantar wang walaupun sedikit sehinga AS$10,000-AS$20,000 untuk tampung keperluan 10 hingga 20 khemah untuk buat roti dan diagihkan sesama mereka,” katanya lagi.
Setakat Isnin Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan angka kematian akibat kebuluran di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 180 orang, termasuk 83 kanak-kanak.
Sejak 2 Mac 2025, pihak berkuasa penjajah menutup sepenuhnya semua pintu masuk ke Semenanjung Gaza, menyekat kemasukan kebanyakan bantuan makanan dan perubatan, sekali gus mempercepatkan kebuluran di seluruh wilayah itu.
Pada Ahad, Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata GHF yang ditaja AS dan Israel sebagai punca utama krisis kebuluran di Gaza.
Dalam satu kenyataan, Lazzarini berkata GHF sengaja melemahkan usaha bantuan yang diselaraskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sementara Israel terus menghalang UNRWA daripada menghantar bantuan sejak 2 Mac lalu.
Agenda AWANI: Kebuluran Di Gaza Buka Mata Dunia, Tidak Lagi Berdiam

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami