awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa ditahan selepas kamera keselamatan rakam anak kecil pegang pistol berisi peluru

Bernama
Bernama
18/01/2023
04:56 MYT
Bapa ditahan selepas kamera keselamatan rakam anak kecil pegang pistol berisi peluru
Seorang bapa ditahan hujung minggu lalu selepas kamera keselamatan berjaya merakam visual anaknya berusia empat tahun memegang pistol berisi peluru di Indiana, Amerika Syarikat. -Gambar hiasan / Freeimages
INDIANAPOLIS: Seorang bapa ditahan hujung minggu lalu selepas kamera keselamatan berjaya merakam visual anaknya berusia empat tahun memegang pistol berisi peluru di Indiana, Amerika Syarikat.
Bapa kanak-kanak itu, dikenali sebagai Shane Osborne, 45, ditahan atas tuduhan pengabaian kanak-kanak di sebuah apartmen di Beech Grove, lapor Agensi Anadolu memetik WTHR.
Pegawai polis menemui sepucuk pistol sembilan milimeter yang berisi 15 butir peluru di lokasi kejadian.
"Saya melihatnya (video) pada keesokan harinya, dan walaupun saya tahu hasilnya semasa saya menonton video itu, saya masih takut.
"Saya tidak tahu bagaimana anda boleh menonton video itu, sebagai seorang ibu bapa atau bukan ibu bapa tanpa merasa terkejut dan terganggu," kata Timbalan Ketua Polis Robert Mercuri.
Osborne dijangka hadir ke mahkamah untuk perbicaraan awal pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#budak pegang pistol
#Indiana
#Shane Osborne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan