Bapa gamak cabul 5 anak sendiri hingga lahirkan bayi

Astro Awani
Mac 31, 2019 01:37 MYT
Tindakan keji itu terbongkar selepas seorang mangsa mengadu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis. -Gambar hiasan
Menjadi tugas seorang bapa untuk melindungi ahli keluarga terutamanya isteri dan anak-anak.
Namun apa yang berlaku di Kalimantan Barat, Indonesia ini adalah sebaliknya.
Seorang ayah tergamak mencabul lima anak perempuan hingga seorang daripadanya melahirkan bayi.
Memetik laporan Tribun KubuRaya, suspek yang hanya dikenali sebagai YS, 49, ditahan di rumahnya di Kecamatan Sungai Kakap, Kabupaten Kubu Raya, Kalimatan Barat pada Sabtu.
Tindakan keji itu terbongkar selepas seorang mangsa mengadu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.
Hasil pemeriksaan dan soal siasat terhadap salah seorang mangsa yang berusia 16 tahun mendapati dia telah dicabul sejak tahun 2017.
Pemeriksaan terhadap baki empat mangsa sedang dijalankan.
#cabul lima anak perempuan #dirogol ayah sendiri #Kabupaten Kubu Raya #Kalimatan Barat #Kecamatan Sungai Kakap #mangsa cabul