awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Anugerah Madani Agro Excellence iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa jual anak kandung untuk pergi bercuti dengan isteri baharu

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2021
03:21 MYT
Bapa jual anak kandung untuk pergi bercuti dengan isteri baharu
Seorang lelaki di China dituduh menjual anaknya yang berusia dua tahun dan menggunakan wang itu untuk pergi bercuti di dalam negara. -Gambar hiasan
ZHEJIANG: Seorang lelaki di China dituduh menjual anaknya yang berusia dua tahun dan menggunakan wang itu untuk pergi bercuti dengan isteri baharunya.
Dalam kejadian dilaporkan di Zhejiang, lelaki itu didakwa menjual anak lelakinya Jiajia untuk meringankan beban penjagaan, lapor South China Morning Post pada Rabu.
Difahamkan lelaki itu, yang dikenali sebagai Xie, sering bertengkar dengan isteri pertamanya menyebabkan mereka memilih untuk berpisah.
Selepas bercerai, Xie diberi hak penjagaan anak lelaki itu manakala bekas isterinya mendapat hak jagaan anak perempuan mereka.
Xie bagaimanapun tidak dapat memberikan sepenuh komitmen menjaga Jiajia setelah bekerja di bandar lain.
Dia terpaksa meninggalkan anak lelakinya untuk dijaga adiknya Lin dan ahli keluarga lain di bandar Huzhou.
Namun Xie pulang bulan lalu untuk mengambil semula anaknya atas alasan mahu dibawa bertemu bekas isterinya.
Beberapa hari kemudian Lin mendapati anak saudaranya itu tidak pernah tiba di rumah ibu kandungnya.
Selepas puluhan kali cubaan Lin menghubungi abangnya tidak dijawab, Lin melaporkan perkara itu kepada polis.
Polis memaklumkan siasatan awal mendapati Xie telah menjual anak kandungnya kepada pasangan tanpa anak di Changshu dengan harga 158,000 yuan (kira-kira RM100,200).
Wang hasil jualan itu digunakan untuk membawa isteri baharunya bercuti di seluruh negara, kata jurucakap polis.
Xie dan isteri baharunya kini berdepan dakwaan melakukan jenayah paksaan dan anaknya Jiajia dikembalikan semula kepada bapa saudaranya Lin.
Topic Berkaitan
#jual anak kandung
#pergi bercuti dengan isteri baharu
#Xie
#Jiajia
#Lin
#Zhejiang
#hak jagaan
#Changshu
#pasangan tiada anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan