WALAUPUN pelik tetapi begitulah kasih seorang bapa di Seoul, Korea Selatan, apabila sanggup kumpul sampah sejak 10 tahun lamanya demi masa depan anak bujangnya yang berusia dalam lingkungan 40-an.
Anaknya yang gemar menghabiskan masa di dalam rumah dan jarang sekali keluar membuatkan lelaki ini bimbang jika suatu hari kelak anaknya tidak mampu meneruskan hidup tanpa dia dan isterinya, lapor laman berita Oddity Central.
Sampah-sampah ini dikumpul sebagai persediaan untuk anak bujangnya menghadapi masa depan jika ditinggalkan sendirian.
Choi, 75, dari wilayah Gwangju mengubah kediaman dua tingkatnya menjadi pusat pengumpulan sampah yang dikutip daripada tong-tong sampah dan sampah yang dibuang di tepi jalan.
Choi percaya sampah orang lain boleh menjadi sesuatu yang berharga kepada individu lain dan memenuhkan setiap inci rumahnya dengan sampah sarap.
Choi berkata dia mengutip sampah kerana mahu mengisi banyak barang di dalam rumah tersebut untuk anak lelakinya yang sudah lebih setahun tidak keluar rumah.
Anak lelakinya yang berusia 40-an juga tidak pernah keluar bekerja dan hanya menghabiskan masanya di dalam rumah itu tanpa berbuat apa-apa dan hidup dengan wang persaraan kedua ibu bapanya.
“Anak saya suka duduk di rumah, tidak keluar mencari kerja dan ia membimbangkan saya.
“Saya risau sekiranya saya dan isteri sudah tiada kelak, dia tiada tempat bergantung lalu saya menyimpan banyak barang untuk anak saya,” kata Choi.
Choi, isterinya dan anak lelaki mereka tidur di dalam satu ruang kecil di rumah itu memandangkan kawasan lain semuanya dipenuhi sampah.
Begitu pun, isteri Choi menderita masalah jantung yang serius dan doktor menyarankan agar dia tinggal dalam persekitaran yang bersih.
Choi akhirnya terpaksa bersetuju untuk mendapatkan khidmat sukarelawan bagi membersihkan kediamannya itu.
Seramai 226 orang sukarelawan dan satu jentera pengorek digunakan bagi mengorek 150 tan sampah yang dikutip Choi.
Sebaik sahaja melihat kediamannya bersih buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, lelaki itu menangis dan berkata dia tidak akan mengutip sampah lagi demi kesihatan isterinya.
Mingguan Wanita: Sepatutnya anaknya perlu berubah sikap demi ibu dan bapanya. Sepatutnya dia yang lebih risaukan keadaan ibu dan ayahnya yang semakin lanjut usia dan kurang sihat.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Sat Jul 24 2021

Kediaman dua tingkat ini menjadi pusat pengumpulan sampah yang dikutip daripada tong-tong sampah dan sampah yang dibuang di tepi jalan. - Foto Mingguan Wanita

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Pembukaan sepenuhnya sembilan pusat pemeriksaan Thai-Malaysia darat dan laut sejak awal bulan ini akan membantu merangsang pemulihan ekonomi kedua-dua negara selepas pandemik COVID-19.

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Konflik Negara Luar | Malaysia perlu ambil iktibar - PM
Konflik Rusia-Ukraine serta kekejaman tentera rejim Israel di Palestin perlu dijadikan sebagai iktibar. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, krisis itu boleh menjejaskan keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia jika tidak diselesaikan dengan segera.

Pemilihan PKR 2022 | Lebih 67,000 ahli undi dalam talian - JPP
Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi adil sejak 18 Mei hingga Jumaat. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.

PDRM siasat kenyataan Kit Siang didakwa gugat ketenteraman awam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Kes dera anak saudara: Polis panggil saksi lain beri keterangan
Polis akan memanggil beberapa orang saksi lain bagi memberikan keterangan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki didera oleh ibu dan bapa saudaranya.

Kes dera kanak-kanak tiga tahun, kontraktor sambilan ditahan
Polis memberkas seorang pekerja kontraktor sambilan yang disyaki mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini Sabtu lalu.

Pelajar tingkatan empat tunggang motosikal bapa maut kemalangan
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, pelajar tingkatan empat itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

'Beri kami cucu atau bayar ganti rugi AS$650,000'... Ibu bapa heret anak, menantu ke mahkamah
Pasangan itu mendakwa sudah menghabiskan banyak wang simpanan mereka sewaktu melangsungkan perkahwinan anak lelaki mereka.

Ini 7 perangai anak belajar dari tingkah laku ibu bapa tapi ramai tak perasan
Rumah adalah sekolah pertama anak. Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir daripada asuhan dan didikan mak dan ayah.

Kubur arwah bapa hilang, Reedzwan menangis hanya dapat jumpa batu nisan berlonggok
Luluh hati penyanyi muda Reedzwan apabila hasratnya untuk menziarahi kubur arwah bapanya di Perak tidak kesampaian.

Boleh ke guna duit raya anak? Ini penjelasan mufti
Di sini kami kongsikan pandangan dan perbahasan ringkas para ulama bagi menjawab persoalan ini.

Hilang ibu bapa selang 12 jam pada Syawal kedua
Mereka reda kehilangan dua insan tercinta pada hari sama dengan selang 12 jam sahaja malah turut kebumikan bersebelahan meskipun telah berpisah pada 2018.

Tiada lagi kari daging ayah di pagi Syawal
Bapanya, Mazlan Sallimin Abd Samad, meninggal dunia akibat dijangkiti virus COVID-19 pada Ogos tahun lalu.

Tukang rumah didakwa lakukan persetubuhan dan amang seksual terhadap anak tiri
Dia berhadapan enam pertuduhan melakukan persetubuhan dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya yang berusia 11 tahun sejak dua tahun lepas.