Baradar, Ketua Pejabat Politik Taliban dijangka ketuai kerajaan Afghanistan

Bernama
September 3, 2021 14:18 MYT
Abdul Ghani Baradar dikatakan akan memimpin kerajaan Afghanistan yang baharu, lapor Sputnik. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Abdul Ghani Baradar, Ketua Pejabat Politik Taliban, akan memimpin kerajaan Afghanistan yang baharu, lapor Sputnik.
Reuters pada Jumaat yang memetik sumber-sumber dalaman Taliban pula melaporkan jawatan kanan dalam kerajaan akan turut disandang oleh Mullah Mohammad Yaqoob, putera kepada pengasas gerakan Taliban, dan jurucakap Taliban Sher Mohammad Abbas Stanikzai.
Satu sumber dalaman Taliban pada 31 Ogos memberitahu Sputnik, Baradar dilantik sebagai Menteri Luar , sementara Yaqoob akan menjadi Menteri Pertahanan.
-- BERNAMA
#Afghanistan #Taliban #Abdul Ghani Baradar #Mullah Mohammad Yaqoob