DUNIA
Barcelona tamatkan perjanjian persahabatan dengan Tel Aviv susulan serangan Israel ke atas Gaza
Berikutan serangan terkini oleh Israel ke atas Gaza, maka sebarang bentuk hubungan kini tidak lagi relevan, kata Datuk Bandar Barcelona, Jaume Collboni. - Gambar fail Reuters
BARCELONA: Majlis bandaraya Barcelona telah mengundi untuk menamatkan hubungan institusi dengan kerajaan Israel serta menggantung perjanjian persahabatan dengan bandar Tel Aviv, atas alasan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan pencabulan hak rakyat Palestin.
Usul tersebut disokong oleh parti pemerintah Sosialis bersama gabungan parti kiri jauh dan pro-kemerdekaan kiri dan menyeru agar semua hubungan rasmi dengan Israel ditamatkan “sehingga Israel menghormati undang-undang antarabangsa” serta “hak asasi rakyat Palestin.”
Sebagai sebahagian daripada keputusan itu, Barcelona turut menggantung perjanjian persahabatan yang ditandatangani pada tahun 1998 dengan Tel Aviv-Jaffa.
Majlis bandaraya turut menggesa penganjur pameran perdagangan, Fira de Barcelona, agar tidak menjadi tuan rumah kepada mana-mana pavilion kerajaan Israel atau syarikat yang terlibat dalam industri senjata atau yang mendapat keuntungan daripada konflik di Gaza. Cadangan serupa turut dikemukakan kepada pihak pengurusan Pelabuhan Barcelona.
“Memandangkan penderitaan dan kematian yang berlaku di Gaza sejak setahun setengah yang lalu, serta serangan terkini oleh kerajaan Israel, sebarang bentuk hubungan kini tidak lagi relevan,” kata Datuk Bandar Barcelona, Jaume Collboni, semasa sesi majlis tersebut.
Ini bukan kali pertama Barcelona mengambil langkah memutuskan hubungan dengan Israel.
Pada tahun 2023, bekas Datuk Bandar Ada Colau telah mengambil tindakan serupa, namun keputusan itu telah dibatalkan selepas Collboni memenangi pilihan raya tempatan. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini