DUNIA
Barisan kabinet Perdana Menteri Jepun Ishiba letak jawatan
Ishiba (foto) dan kabinetnya meletak jawatan secara rasmi dalam mesyuarat khas pagi Selasa, menandakan berakhirnya pentadbiran lebih setahun. -Gambar fail/Reuters
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan barisan kabinetnya meletak jawatan pada Selasa, menandakan berakhirnya pentadbiran yang mula memegang tampuk kuasa lebih setahun lalu, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Dalam mesyuarat khas kabinet yang diadakan sebelum 9 pagi waktu tempatan, para menteri menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing, sekali gus menandakan kabinet Ishiba secara rasmi dibubarkan.
Pada sebelah petang, kedua-dua dewan Parlimen Jepun (Diet) akan bersidang bagi memilih perdana menteri baharu negara itu.
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah, Sanae Takaichi dijangka memenangi undian dengan sokongan Parti Inovasi Jepun, yang baru-baru ini membentuk pakatan baharu dengan LDP selepas parti Komeito menarik diri daripada gabungan lama.
Selepas pemilihan perdana menteri, Takaichi akan memuktamadkan pelantikan anggota kabinetnya dan Ketua Setiausaha Kabinet dijadual mengumumkan senarai rasmi.
Takaichi juga dijangka mengadakan sidang media sebaik memegang jawatan bagi menjelaskan hala tuju dasar serta pertimbangan di sebalik pemilihan utama barisan kabinetnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan kabinetnya meletak jawatan secara rasmi dalam mesyuarat khas pagi Selasa, menandakan berakhirnya pentadbiran lebih setahun.
- Presiden LDP, Sanae Takaichi dijangka dipilih sebagai perdana menteri baharu dengan sokongan Parti Inovasi Jepun selepas Komeito menarik diri daripada gabungan lama.
- Takaichi akan memuktamadkan pelantikan Kabinet baharu dan dijangka mengadakan sidang media untuk menjelaskan hala tuju dasar pentadbirannya.