JAKARTA: Sebuah bas yang membawa pelajar sekolah menengah rendah di Jawa Barat, Indonesia terjunam ke dalam gaung lewat Rabu malam, mengorbankan sekurang-kurangnya 22 mangsa.
Bas itu dilapor turut membawa guru dan ibu bapa pelajar.
Kejadian berlaku selepas bas yang membawa 58 penumpang itu bertolak dari Tasikmalaya ke daerah Subang.
Dalam perjalanan itu, kenderaan tersebut dilapor melanggar tebing sebelum terjunam 20 meter ke dalam gaung di kawasan pertanian di Sumedang, 85 kilometer dari Bandung kira-kira jam 6 petang waktu tempatan.
“Ada 22 mayat setakat ini, tetapi kami belum pasti jumlah sebenar kematian,” kata jurucakap pusat kesihatan yang hanyan dikenali sebagai Yeye kepada portal Detik.
Menurutnya, ada mangsa yang dihantar ke hospital kerajaan menyebabkan sukar untuk memastikan jumlah sebenar individu terlibat.
Penduduk dari perkampungan berhampiran tampil membantu mengeluarkan mangsa.
“Mangsa termasuk kaum ibu dan kanak-kanak,” kata ketua kampung Sukajadi, Dede Suhendar kepada portal AyoBandung.
Tambahnya, dia dan penduduk lain berjaya menarik keluar sekurang-kurangnya 15 mayat dalam nahas itu.
Astro Awani
Wed Mar 10 2021
Situasi di lokasi nahas yang meragut sekurang-kurangnya 22 mangsa. -Twitter JakartaGlobe
Banjir: Jumlah mangsa berkurang, namun beberapa daerah masih terjejas
Wakil Astro AWANI Kedah, Abdul Hadi Che Awang membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kedah.
Jawatankuasa fatwa Melaka putuskan ajaran GISB sesat
Jawatankuasa Fatwa Melaka memutuskan doktrin ajaran dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd adalah sesat sama seperti ajaran dan kepercayaan al-Arqam yang telah diwartakan pada 1994.
Kematian model Belanda: Polis kemuka notis biru kepada Interpol untuk kesan pasangan AS
Notis itu dikemukakan Rabu lepas terhadap Alexander William Johnson, 51, dan Lunara Almazkyzy, 37, yang dikaitkan dengan kematian Ivana.
Lubang benam: Hasil penuh siasatan dalam peringkat akhir penelitian
Kedua-dua laporan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dahulu sebelum sebarang keputusan diambil sama ada untuk mendedahkannya kepada umum.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.
Jasin kembali banjir, 275 mangsa dipindah ke lima PPS
Daerah Jasin kembali terjejas banjir dengan 275 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.
Ahli GISB tidak lagi amalkan Aurad Muhammadiyah - Anak Asaari
Khaulah Asaari menegaskan, ahli juga tidak mengamalkan sebarang perbuatan yang disifatkan sebagai sesat dan salah.
Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.
26 negara termiskin alami krisis terburuk sejak 2006
Sebanyak 26 negara termiskin dunia, yang menjadi tempat tinggal 40% daripada penduduk termiskin, kini menghadapi tahap hutang tertinggi sejak 2006.
Menurut laporan baharu Bank Dunia yang diterbitkan pada Ahad, Mereka juga semakin terdedah kepada bencana alam dan kejutan lain.
Menurut laporan baharu Bank Dunia yang diterbitkan pada Ahad, Mereka juga semakin terdedah kepada bencana alam dan kejutan lain.
Bas bawa pelajar terjunam ke gaung, 22 terbunuh
Bas itu dilapor turut membawa guru dan ibu bapa pelajar.