DUNIA
Bas bertembung kereta api, 10 maut, lebih 40 cedera
Kejadian berlaku di lebuh raya persekutuan Atlacomulco-Maravatio di kawasan perbandaran Atlacomulco, Mexico. - Gambar/ Reuters
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala lebih 40 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang dua tingkat bertembung kereta api kargo di Mexico tengah pada Isnin, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa.
Kejadian berlaku di lebuh raya persekutuan Atlacomulco-Maravatio di kawasan perbandaran Atlacomulco, Mexico, menurut laporan media tempatan.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital manakala pasukan kecemasan masih menjalankan operasi di lokasi kejadian, menurut agensi perlindungan awam negeri itu.
Masa sebenar kemalangan tidak dinyatakan.
Rakaman video dalam talian menunjukkan bas dua tingkat itu perlahan-lahan melintasi landasan di jalan sibuk dengan banyak kenderaan menunggu, sebelum dirempuh kereta api.
Canadian Pacific Kansas City of Mexico, pengendali kereta api itu dalam kenyataan media mengesahkan nahas berkenaan serta merakamkan takziah kepada keluarga mangsa.
Syarikat itu memaklumkan kakitangannya bekerjasama dengan pihak berkuasa di lokasi dan menggesa orang ramai mematuhi papan tanda lalu lintas serta berhenti di lintasan kereta api bagi mengelakkan kemalangan.
Menurut media tempatan, Pejabat Peguam Negara Negeri Mexico telah memulakan siasatan untuk menentukan punca kemalangan dan mengesan pemandu bas yang dilaporkan hilang dari lokasi.
Sistem pengawasan video melaporkan lebuh raya berkenaan ditutup di kedua-dua arah sementara kerja menyelamat dan forensik diteruskan.
--BERNAMA-XINHUA