awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas terbabas, 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Muzdalifah, Arab Saudi

Fareez Azman
Fareez Azman
10/06/2022
08:22 MYT
Bas terbabas, 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Muzdalifah, Arab Saudi
Seramai 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas bas dinaiki mereka terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas bas dinaiki mereka terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis.
Menurut Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan media yang diedarkan, kesemua mangsa merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.
"Susulan insiden tersebut, mereka telah dibawa ke Hospital An Nur dan King Faisal Hospital di Mekah bagi mendapatkan rawatan.
"Dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan," jelasnya kenyataan itu.
Tambah Wisma Putra, siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa Arab Saudi berhubung insiden berkenaan.
"Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan insiden ini serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
"Kementerian Luar Negeri mendoakan agar kesemua mangsa kembali pulih dengan seberapa segera," jelas kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#bas terbabas
#warga Malaysia
#Mekah
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan