DUNIA

Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut

Astro Awani 01/02/2026 | 11:39 MYT
Nahas berlaku ketika bas melalui laluan Tekirdag–Antalya sebelum dipercayai hilang kawalan ketika menghampiri persimpangan bertingkat di daerah Dosemealti. -Foto Turkiye Today
ANTALYA: Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala 26 cedera selepas sebuah bas penumpang terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Antalya, sebuah destinasi pelancongan popular dalam kalangan pelancong Britain.


Ringkasan AI
  • Bas penumpang terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Antalya, mengakibatkan lapan kematian dan 26 cedera, berpunca daripada pemandu yang hilang kawalan ketika melalui laluan Tekirdag-Antalya.
  • Nahas berlaku disebabkan kabus tebal dan jalan licin, menyebabkan bas tergelincir, terbalik dan terhumban ke dalam gaung yang dalam kira-kira 15 meter.
  • Pasukan kecemasan termasuk perubatan, bomba, dan unit bencana AFAD memberikan bantuan serta siasatan mengenai punca nahas masih diteruskan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut pihak berkuasa Turkiye, nahas berlaku pada Ahad ketika bas berkenaan melalui laluan Tekirdag–Antalya sebelum ia dipercayai hilang kawalan ketika menghampiri persimpangan bertingkat di daerah Dosemealti.

Bas tersebut kemudian melanggar penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung, lapor Turkiye Today.

Siasatan awal mendapati pemandu hilang kawalan akibat kabus tebal dan jalan licin, menyebabkan bas tergelincir, terbalik dan terjunam ke dalam gaung.

Pasukan kecemasan termasuk perubatan, bomba dan unit bencana AFAD segera digerakkan ke lokasi untuk memberikan bantuan.
Gabenor Antalya, Hulusi Sahin, mengesahkan angka korban meningkat kepada lapan orang selepas lima kematian awal dilaporkan.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke beberapa hospital berdekatan bagi menerima rawatan lanjut.

Setakat ini, pihak berkuasa belum dapat mengesahkan sama ada terdapat warga asing antara mangsa.

Siasatan penuh mengenai punca nahas masih diteruskan, termasuk aspek penyelenggaraan kenderaan dan keadaan pemandu sebelum kejadian.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah kematian yang dilaporkan selepas bas terjunam ke dalam gaung di Antalya?
    A: Sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan meninggal dunia selepas kejadian tersebut.
  • Q: Apa yang menyebabkan bas penumpang terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Antalya?
    A: Bas dipercayai hilang kawalan akibat kabus tebal dan jalan licin semasa melalui persimpangan bertingkat di daerah Dosemealti.
  • Q: Siapakah yang terlibat dalam operasi kecemasan selepas kejadian nahas bas di Antalya?
    A: Pasukan kecemasan termasuk perubatan, bomba, dan unit bencana AFAD telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap mangsa yang cedera dalam kejadian nahas bas di Antalya?
    A: Mangsa yang cedera telah dihantar ke beberapa hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.
  • Q: Apakah status siasatan punca kejadian nahas bas di Antalya setakat ini?
    A: Siasatan penuh masih diteruskan, termasuk aspek penyelenggaraan kenderaan dan keadaan pemandu sebelum kejadian terjadi.



#Tekirdag-Antalya #nahas bas #terjunam ke gaung #Dosemealti #Britain