DUNIA
Bau durian cetus beberapa operasi kecemasan di bandar Jerman
Bau durian dari Asia Tenggara seumpama bau gas. - Gambar hiasan/Unsplash
MAINZ (Jerman): Bau buah durian yang kuat mencetuskan beberapa siri operasi bomba di bandar Wiesbaden, barat Jerman, apabila pasukan bomba dipanggil empat kali pada Sabtu kerana kebimbangan orang ramai mengenai kebocoran gas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Bau durian dari Asia Tenggara seumpama bau gas.
Pada petang Sabtu, bomba dimaklumkan mengenai laporan sebuah pusat beli-belah yang mempunyai bau gas. Alat pengukuran mereka bagaimanapun, tidak mengesan kehadiran gas, malah bangunan itu tiada sambungan gas.
Pada awal malam, perkhidmatan kecemasan dipanggil ke pasar itu sekali lagi, dengan bau gas dapat dihidu sekali lagi. Semasa mencari di beberapa kedai berhampiran, anggota bomba dilaporkan menemui buah-buahan itu di sebuah pasar raya Asia. Sistem pengudaraan pusat beli-belah itu berkemungkinan menyebarkan bau ke seluruh bangunan, menurut mereka.
Dalam satu lagi operasi di sebuah bangunan kediaman lewat malam Sabtu, bomba mendapati sebiji durian menjadi pencetus bau gas di sana.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bau durian cetus empat panggilan kecemasan bomba di Wiesbaden, Jerman, selepas orang ramai menyangka berlaku kebocoran gas di pusat beli-belah dan bangunan kediaman.
- Pemeriksaan mendapati tiada kebocoran gas, sebaliknya bau kuat berasal daripada buah durian yang ditemui di pasar raya Asia, disebarkan melalui sistem pengudaraan.
- Durian dari Asia Tenggara terkenal dengan bau seakan gas, menyebabkan kekeliruan sehingga mencetuskan operasi kecemasan berulang kali.