awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bawah paras beku... Korea Selatan dilanda cuaca paling sejuk

Bernama
Bernama
23/12/2022
04:07 MYT
Bawah paras beku... Korea Selatan dilanda cuaca paling sejuk
Salji tebal di bahagian selatan negara itu dicatatkan untuk tempoh dua hari berturut-turut pada Jumaat. Twitter @Seoul_gov
SEOUL: Korea Selatan menyaksikan hari paling sejuk pada Jumaat pada musim sejuk kali ini dengan suhu -13.6 darjah Celsius dicatatkan di Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) suhu beku disertai salji tebal melanda di bahagian selatan negara ini termasuk di Chungcheong dan Jeolla serta pulau peranginan Jeju.
Di kawasan pedalaman dan pergunungan di wilayah Gangwon, masing-masing merekodkan suhu -20 darjah Celsius dan -26.3 darjah Celsius, paras terendah setakat ini.
Cuaca sejuk dijangka berterusan sehingga Krismas pada Ahad.
Selain itu, salji tebal di bahagian selatan negara itu dicatatkan untuk tempoh dua hari berturut-turut pada Jumaat, menyebabkan berlaku nahas jalan raya, penutupan jalan raya dan pembatalan perkhidmatan penerbangan.
S. Korea battles with cold weather as Seoul temperature drops to lowest of this season#SouthKorea #Weather #Arirang_News pic.twitter.com/FyBWP0tJno
— Arirang News (@arirangtvnews) December 23, 2022
Setakat 6 pagi, kawasan pergunungan di pulau peranginan Jeju telah menerima salji sehingga 75.9 sentimeter, menurut KMA.
Banyak penerbangan di pulau itu telah dibatalkan sejak dua hari lalu, menurut pegawai lapangan terbang.
Semua perkhidmatan feri penumpang yang menghubungkan tanah besar ke pulau itu turut dibatalkan susulan amaran angin kencang yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Amaran salji lebat juga dikeluarkan untuk bahagian selatan negara itu termasuk Chungcheong dan Jeolla, menurut KMA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seoul
#Korea Selatan
#suhu sejuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan