Skip to main content

Dunia

Bayaran visa ke Jepun dinaikkan lima kali ganda bermula Julai

FILE PHOTO: The Japanese national flag flies at the Bank of Japan building in Tokyo, Japan March 18, 2024. REUTERS/Kim Kyung-Hoon/File Photo
Kerajaan Jepun pada Jumaat memutuskan untuk menaikkan bayaran visa kemasukan tunggal bagi warga asing sebanyak lima kali ganda kepada 15,000 yen. - Gambar hiasan/REUTERS
Advertisement

TOKYO: Kerajaan Jepun pada Jumaat memutuskan untuk menaikkan bayaran visa kemasukan tunggal bagi warga asing sebanyak lima kali ganda kepada 15,000 yen (AS$90) daripada 3,000 yen bermula Julai, menandakan kenaikan pertama sejak 1978 ketika inflasi dan kejatuhan nilai yen.

Bayaran pengeluaran untuk visa kemasukan berbilang, yang membolehkan pelawat memasuki Jepun beberapa kali dalam tempoh yang ditetapkan, akan dinaikkan daripada 6,000 yen kepada 30,000 yen, lapor Kyodo News.

"Kami tidak menjangkakan langkah berkenaan memberi kesan segera kepada pelancongan masuk," kata Menteri Luar Toshimitsu Motegi semasa sidang media.

Kenaikan itu dijangka menjadikan bayaran pengeluaran visa Jepun lebih dekat pada tahap yang dilaksanakan oleh negara Kumpulan Tujuh.

-- BERNAMA-KYODO

 

 

Must Watch Video

Advertisement