DUNIA
Bayi baru lahir dibunuh, dibakar ibu bapa sendiri
Laporan forensik mendedahkan bayi tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala akibat hentakan objek keras. - Gambar hiasan
POLIS menahan sepasang suami isteri selepas didakwa membunuh bayi baru lahir mereka sebelum membakar mayat mangsa dalam sebuah tanur arang di daerah Ban Fang, Ahad lalu.
Ringkasan AI
Memetik laporan media Thailand, Ketua Polis Ban Fang, Kolonel Koraphop Netthaisong berkata, identiti bayi tidak dapat dikenal pasti kerana mayat hampir hangus sepenuhnya.
Menurutnya, penemuan mengejutkan itu turut disertai kesan darah di lokasi berkenaan.
“Pasangan terbabit dikenal pasti sebagai Panadda, 34 dan suaminya, Phongsathorn, 30,” katanya.
Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-duanya menunggang motosikal menuju ke kawasan tanur pada malam Sabtu dengan wanita itu dilihat membawa sebuah bakul plastik merah jambu dipercayai mengandungi bayi tersebut.
Ketika disoal siasat, Panadda mendakwa bayi berkenaan mati selepas dia pengsan dan terjatuh ke atas mangsa sejurus melahirkan.
Bagaimanapun, laporan forensik mendedahkan bayi tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala akibat hentakan objek keras.
Pakar turut mengesahkan tali pusat masih melekat pada tubuh mangsa sekali gus membuktikan mayat dibakar sejurus selepas kelahiran.
“Polis percaya perbuatan ini dirancang kerana pasangan terbabit dilihat membawa mayat pada waktu malam, membakar dalam tanur serta menunggu sehingga selesai,” katanya.
Kedua-dua suspek kini direman dan berdepan pertuduhan membunuh dengan niat serta menyembunyikan mayat.
Selain itu, motosikal yang digunakan dalam kejadian itu turut dirampas selepas didapati tidak berdaftar.
Koraphop berkata, kes ini membimbangkan kerana ia berlaku ketika Thailand sedang berdepan krisis kadar kelahiran rendah.
“Tragedi ini menunjukkan kelemahan dalam sistem perlindungan kanak-kanak dan tindakan kekejaman sebegini amat membimbangkan,” katanya. - Sinar Harian/ Agensi
Ringkasan AI
- Sepasang suami isteri ditahan selepas didakwa membunuh bayi baru lahir mereka dan membakar mayat dalam tanur arang di Ban Fang, Thailand. Mayat bayi hampir hangus sepenuhnya dan masih mempunyai tali pusat.
- Rakaman CCTV menunjukkan pasangan itu membawa bakul dipercayai berisi bayi ke lokasi kejadian. Laporan forensik mengesahkan bayi meninggal akibat hentakan objek keras di kepala, bercanggah dengan dakwaan ibu bahawa bayi mati akibat terjatuh.
- Polis percaya perbuatan ini dirancang dan telah merampas motosikal tidak berdaftar yang digunakan. Kes ini mencetuskan kebimbangan terhadap sistem perlindungan kanak-kanak di Thailand yang sedang berdepan krisis kadar kelahiran rendah.