Bayi lahir dari sperma berusia 23 tahun, disenarai dalam rekod Guinness

Madiha Abdullah
Disember 13, 2015 04:10 MYT
Xavier selamat dilahirkan Jun lalu. Foto/Twitter 60 Minutes Australia
Seorang bayi di Australia, Xavier Powell, baharu sahaja berusia enam bulan, namun dia telah meletakkan namanya dalam senarai Guinness World Records.
Semuanya kerana dia dilahirkan dari sperma bapanya yang dibekukan 23 tahun yang lalu.
Bapa Xavier, Alex, disahkan menghidap penyakit Hodgin's lymphoma ketika berusia 15 tahun dan dinasihatkan agar segera menjalani kimoterapi.

Australian baby born from world's oldest spermIn Australia, a 6-month-old baby has made it into the Guinness World...

Posted by CCTVNews on
Alex kemudiannya membuat keputusan untuk menyimpan dan membekukan spermanya apabila diberitahu rawatan berkenaan boleh menyebabkannya mandul.
Alex dan isterinya, Vi, memulakan rawatan IVF pada tahun 2013.
Namun ia hanya berjaya setahun selepas itu dan Xavier selamat dilahirkan pada Jun lalu.
Sperma yang dibekukan kebiasaannya hanya akan disimpan selama tujuh hingga 10 tahun, namun tiada kajian saintifik yang menyatakan selama mana penyimpanan patut dihadkan.
Video kredit laman YouTube CCTV News English.
#Alex Powell #Guinness World Records #kesihatan #Sains #Xavier Powell