awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KKM pertimbang hasrat Johor majukan tanah untuk bangunkan Rumah Mampu Milik
MALAYSIA
Peluasan SST tidak beri kesan besar kepada ibu bapa hantar anak ke institusi swasta
MALAYSIA
Peserta negara serantau bincang isu kesihatan mental belia ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

'Bebaskan tebusan, buat perjanjian sekarang!’ – Trump gesa rundingan gencatan Gaza dipercepat

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2025
07:30 MYT
Sponsor Banner
'Bebaskan tebusan, buat perjanjian sekarang!’ – Trump gesa rundingan gencatan Gaza dipercepat
Trump (foto) menggesa agar perjanjian segera dicapai untuk membebaskan tebusan yang masih ditahan di Gaza. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu menggesa pihak-pihak yang terlibat dalam konflik Gaza agar mencapai perjanjian segera bagi membebaskan tebusan yang masih ditahan di wilayah itu.

Ringkasan AI
  • Donald Trump menggesa agar perjanjian segera dicapai untuk membebaskan tebusan yang masih ditahan di Gaza, melalui kenyataan di platform Truth Social.
  • Kenyataan itu dilihat sebagai campur tangan ketara Trump dalam rundingan gencatan senjata di antara Israel dan Hamas, ketika tekanan antarabangsa terhadap Israel semakin meningkat.
  • Sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, kira-kira 50 tebusan masih ditahan, dengan lebih 28 dipercayai telah meninggal dunia; Israel dan Hamas masih berbeza pendirian mengenai syarat perjanjian damai.

"Laksanakan perjanjian di Gaza. Kembalikan semula tebusan!!!" Tulis Trump dalam hantaran ringkas di platform Truth Social, hari ini.
Kenyataan itu dilihat sebagai campur tangan paling ketara beliau dalam usaha rundingan gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang sedang diusahakan di antara Israel dan pejuang Hamas.
Trump sebelum ini menyatakan keyakinan bahawa satu perjanjian gencatan senjata antara di Israel dan Hamas boleh dicapai dalam tempoh seminggu, walaupun tiada butiran lanjut diberikan mengenai pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut.
Kenyataan itu hadir ketika tekanan antarabangsa semakin meningkat terhadap Israel susulan jumlah korban yang terus meningkat di Gaza, serta desakan daripada keluarga tebusan agar kerajaan Israel mempercepatkan usaha pembebasan.
Menurut laporan, kira-kira 50 individu masih ditahan di Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, yang mengorbankan lebih 1,200 orang dan menyebabkan 251 individu dijadikan tebusan.
Sebahagian besar telah dibebaskan dalam perjanjian terdahulu, namun lebih 28 daripada baki tebusan dipercayai telah meninggal dunia.
Israel pula menegaskan bahawa perang hanya akan ditamatkan sekiranya Hamas dilucutkan senjata dan dibubarkan, manakala Hamas menuntut jaminan bahawa serangan ke atas Gaza akan dihentikan sepenuhnya sebelum sebarang perjanjian dimeterai.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#gencatan senjata
#pembebasan tebusan
#TRUTH Social
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami