DUNIA
Beberapa bot Global Sumud Flotilla tarik diri, misi ke Gaza perlu dirombak

Pelayaran GSF membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Beberapa buah bot yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF) terpaksa menarik diri dalam pelayaran ke perairan Gaza semalam, sekali gus menyebabkan rombakan besar perlu dilakukan sebelum misi dapat diteruskan.
Ringkasan AI
- Beberapa bot termasuk sebuah bot keluarga rosak terpaksa menarik diri daripada Misi Global Sumud Flotilla (GSF), menyebabkan rombakan besar dilakukan sebelum pelayaran diteruskan.
- Flotila kini berada di selatan perairan Greece dengan hampir 30 bot, dan peserta serta penumpang terlibat dipindahkan ke bot lain atau kapten baharu.
- Misi yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dijangka tiba hujung bulan ini, dengan 34 rakyat Malaysia turut menyertai di bawah panji Sumud Nusantara.
“Kita tidak tahu lagi jumlah sebenarnya (bot dan peserta terlibat) dan sebab mereka menarik diri, jadi penganjur kena pindahkan semula penumpang memasuki bot lain atau kapten baharu termasuk bot yang saya naiki,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata sebuah bot keluarga turut dilaporkan rosak dan tidak dapat dibaiki, menyebabkan kumpulan itu setakat ini akan terus berada di lokasi terbabit sehingga keadaan membolehkan mereka meneruskan pelayaran.
“Selagi tidak selesai, kita tidak bergerak, bot keluarga itu pun mungkin penghuninya kena dipindahkan sebab bot tidak boleh bergerak, kami tidak dapat kemas kini sama ada mereka telah ganti dengan bot lain,” katanya.
Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini dengan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.
Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara, diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Sebanyak 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF itu kini berada di perairan antarabangsa berhampiran dengan Greece dan dijangka memasuki zon kuning pada bila-bila masa sebelum tiba di perairan Gaza hujung bulan ini.
- Bernama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami