23 Delegasi Malaysia Bebas dari Israel, Kini di Istanbul untuk Pemeriksaan & Sokongan – Ikuti Perkembangan Terkini di sini
DUNIA

Beberapa individu cedera dalam insiden tembakan di Sydney

Bernama 05/10/2025 | 15:00 MYT
Seorang lelaki di negeri New South Wales, Australia dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan akibat tembakan manakala beberapa individu lain turut dilaporkan cedera, menurut polis pada Ahad. - Gambar fail/hiasan
SYDNEY: Seorang lelaki di negeri New South Wales, Australia dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan akibat tembakan manakala beberapa individu lain turut dilaporkan cedera, menurut polis pada Ahad, lapor Xinhua.

Polis New South Wales dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tembakan di Georges River Road di pinggir barat dalam bandar Sydney, Croydon Park, kira-kira 7.45 malam waktu tempatan.

Kawasan itu kemudiannya ditutup dengan pasukan khas polis dikerah untuk membantu siasatan.

Seorang lelaki ditahan di sebuah bangunan di jalan itu sekitar 9.30 malam dan beberapa senjata api telah dirampas, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

#tembakan #Sydney #New South Wales Australia #Georges River Road