Beberapa mangsa cedera insiden tembakan di luar kelab malam Melbourne

Sinar Harian
April 14, 2019 03:09 MYT
Pasukan penyiasat sedang mengumpul bukti di tempat kejadian. - Foto AP
Satu insiden tembakan di sebuah bandaraya Australia hari ini menyebabkan beberapa mangsa cedera, kata polis namun media tempatan melaporkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
"Pasukan penyiasat percaya beberapa orang mangsa ditembak di luar kelab malam berhampiran Little Chapel Street dan Malvern Road kira-kira pukul 3.20 pagi,” kata polis Victoria dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran lanjut dan keadaan mangsa, tetapi menyatakan kejadian tembakan itu berlaku di daerah Prahran di Melbourne.
Media tempatan melaporkan terdapat tiga atau empat mangsa terlibat.
“Jumlah sebenar mangsa masih dalam siasatan,” kata polis.
Insiden tembakan jarang berlaku di Australia, di mana undang-undang senjata api yang ketat diperkenalkan selepas 35 orang terbunuh pada 1996 dalam kejadian tembakan di Pelabuhan Arthur, Tasmania. – AFP
#cedera #kelab malam #Little Chapel Street #Malvern Road #tembakan