DUNIA
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Kenderaan peronda polis Columbia Heights diletakkan di luar Sekolah Menengah Columbia Heights. - Foto AP
MINNEAPOLIS: Beberapa sekolah di sekitar Minneapolis ditutup sementara pada Isnin susulan ancaman bom palsu yang dihantar ke sekolah-sekolah di kejiranan Columbia Heights, menurut pihak polis.
Polis memaklumkan tiada sebarang bungkusan atau peranti mencurigakan ditemui setakat ini selepas ancaman tersebut diterima.
Namun, beberapa sekolah di daerah itu tetap terpaksa ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Sekolah Menengah Columbia Heights berkata penutupan dibuat “demi keselamatan” susulan ancaman yang disifatkan sebagai kredibel.
Pihak sekolah memaklumkan sesi pembelajaran akan disambung semula pada Selasa.
Penutupan sekolah berlaku ketika kawasan itu berdepan ketegangan susulan tindakan Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE) di Minnesota, dengan beberapa pelajar dilaporkan ditahan dalam beberapa minggu kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada operasi agensi berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, bantahan terhadap tindakan ICE dilaporkan terus berlaku di Minnesota dan di beberapa negeri lain di seluruh Amerika Syarikat, sekali gus menambah kebimbangan keselamatan di kawasan terlibat.
Pihak berkuasa menegaskan semua ancaman keselamatan akan disiasat secara menyeluruh dan memberi amaran bahawa membuat ancaman palsu merupakan satu kesalahan serius yang boleh membawa tindakan undang-undang.