awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beg udara pecah: Takata mengaku bersalah, bayar AS$1 bilion denda

Agensi
Agensi
14/01/2017
06:48 MYT
Beg udara pecah: Takata mengaku bersalah, bayar AS$1 bilion denda
Syarikat pembekal bahagian kereta itu akan diminta membuat pembaharuan yang signifikan dan diletakkan dalam tempoh percubaan di bawah pengawasan badan pemantau bebas selama tiga tahun. - Gambar fail
Takata Corp Jepun pada Jumaat bersetuju mengaku bersalah kepada dakwaan salah laku jenayah dan membayar $1 bilion bagi menyelesaikan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) terhadap kejadian pengepam beg udara pecah yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 16 kematian seluruh dunia.
Takata akan membayar $25 juta sebagai denda, $125 juta untuk tabung pampasan mangsa dan $850 juta untuk pampasan kepada pembuat kereta kerana terpaksa memanggil semula kereta secara besar-besaran, kata Jabatan Kehakiman itu.
Syarikat pembekal bahagian kereta itu akan diminta membuat pembaharuan yang signifikan dan diletakkan dalam tempoh percubaan di bawah pengawasan badan pemantau bebas selama tiga tahun.
Saham syarikat itu meningkat 16.5 peratus dalam perdagangan di Jepun susulan berita penyelesaian itu.
Penyelesaian itu boleh membantu Takata memenangi sokongan kewangan daripada pelabur bagi membolehkan ia menyusun semula dan membayar liabiliti besar akibat langkah memanggil semula kenderaan itu.
Topic Berkaitan
#beg udara
#Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat
#Jepun
#pampasan
#pecah
#Takata Corp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan