PRIBOJ:Dua buah bot pengangkut tidak henti berulang alik meredah permukaan luas sampah-sampah terapung di tasik buatan Potpecko di Serbia pada Jumaat lalu.
Reuters melaporkan, bot-bot itu berfungsi mengumpulkan seberapa banyak sampah sarap yang hampir menyumbatkan struktur empangan di situ.
Sungai Lim sepanjang 219 kilometer yang mengalir ke tasik itu kini semakin deras membawa arus air ke takungan luas berkenaan berikutan salji yang mencair. Bersama-sama aliran arus itu, ia membawa lebih daripada 20,000 meter kubik plastik dan sisa buangan melampau dari Serbia, Montenegro dan Bosnia.
Apabila semua sampah sarap itu terkumpul, peranan loji hidroelektrik di empangan tersebut juga terancam, hingga membuatkan pihak berkuaa di Belgrade mengarahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan segera.
Setiap hari, pihak pengendali yang dilantik dilaporkan 'menyauk' sehingga 100 kubik meter sampah plastik dan sisa buangan lain untuk dipindahkan ke sebuah tapak pelupusan sampah yang jaraknya sekitar 80 kilometer dari tasik tersebut.
"Masalah ini sudah bertahun-tahun berlarutan dan sukar untuk mengatakan siapa yang bertanggungjawab... dari puncanya iaitu Sungai Lim yang mengalir merentasi tiga negara," ujar peawai kerajaan dari Priboj, Dragan Ljeljen.
Bagi mengatasinya, Menteri Alam Sekitar Serbia, Irena Vujovic, dan pegawai kanan kerajaan dari Montenegro dan Bosnia pada Isnin bersetuju untuk menyelaraskan usaha mengekang pencemaran daripada berlanjutan.
Di Priboj, aktivis alam sekutar Slavisa Lakovic berkata, pencemaran yang berterusan sedang mengancam hidupan liar dan juga ikan yang berada di tasik itu.
"Sampah yang semakin terkumpul menjejaskan kualiti air dan mengurangkan paras oksigen di dalam tasik. Haiwan yang datang ke tebing tasik juga terpaksa meredah longgokan sampah," ujarnya.
Negara-negara di Balkan Barat kebanyakannya masih dalam proses pemulihan daripada peperangan dan kemelesetan ekonomi tahun 90-an. Semua negara itu tidak mampu melakukan banyak perkara berkaitan penjagaan alam sekitar akibat kekurangan dana.
Serbia yang merupakan calon keanggotaan Kesatuan Eropah, perlu membelanjakan berbilion-bilion Euro untuk membersihkan hal-hal pencemaran sebelum diterima masuk ke dalam blok tersebut, kata pihak berkuasa di Brussels dan Belgrade.
Pihak pemantau alam sekitar berkata, kawasan semulajadi yang diancam pencemaran seperti di tasik berkenaan boleh dan sedang terjadi di mana-mana du dunia ini, selagi manusia lupa akan tanggungjawab untuk menjaga persekitaran masing-masing.
Agensi
Sun Jan 31 2021
Seorang petugas dari syarikat pembersihan yang dilantik, bertungkus-lumus menjalankan kerja mengumpulkan sampah di tasik Potpecko. - Reuters
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Begini sekali perbuatan manusia? Tasik sampah di Serbia ini boleh terjadi di mana-mana
Pemandangan landskap menarik di sekitar tasik buatan Potpecko musnah gara-gara pembuangan sampah yang melampau.