awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beit Lahiya di utara Gaza diisytihar kawasan bencana

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2024
09:50 MYT
Beit Lahiya di utara Gaza diisytihar kawasan bencana
Beit Lahiya diisytihar sebagai kawasan bencana oleh pihak berkuasa tempatan akibat serangan berterusan oleh tentera Israel. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Beit Lahiya, sebuah bandar di utara Gaza, telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana oleh pihak berkuasa tempatan berikutan serangan berterusan oleh tentera Israel.

Ringkasan AI
  • Beit Lahiya diisytiharkan sebagai kawasan bencana oleh pihak berkuasa tempatan akibat serangan berterusan oleh tentera Israel, menyebabkan kekurangan makanan, air, kemudahan perubatan, dan perkhidmatan asas.
  • Lebih 93 penduduk Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan terbaharu ke atas sebuah bangunan kediaman di bandar itu.
  • Pihak berkuasa Gaza menyeru pembukaan koridor selamat untuk membawa bekalan perubatan, makanan, bahan bakar, dan peralatan pertahanan awam ke kawasan tersebut.

Pengumuman ini dibuat setelah bandar tersebut mengalami kemusnahan besar akibat pengeboman dan sekatan yang dikenakan oleh Israel, yang menyebabkan kekurangan makanan, air, kemudahan perubatan, doktor, perkhidmatan asas, dan komunikasi.
"Kami mengisytiharkan bahawa bandar ini adalah kawasan bencana akibat perang pemusnahan dan sekatan oleh Israel, dan ia tidak mempunyai makanan, air, hospital, doktor, perkhidmatan, atau komunikasi," menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa tempatan Beit Lahiya.
Sementera itu, pihak berkuasa Gaza menyeru pembukaan koridor selamat untuk membawa bekalan perubatan, makanan, bahan bakar, dan peralatan pertahanan awam ke kawasan tersebut.
Keadaan di Beit Lahiya semakin kritikal dengan laporan bahawa lebih 93 penduduk Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan terbaharu ke atas sebuah bangunan kediaman di bandar itu.
Serangan ini menambah tekanan kepada pasukan pertahanan awam yang sudah pun berdepan dengan kekurangan sumber dan ancaman berterusan.
Setiausaha Agung PBB, António Guterres, telah menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai situasi kemanusiaan di Gaza dan menyeru agar tindakan segera diambil untuk melindungi penduduk awam.
Beliau menekankan bahawa serangan terhadap kawasan yang padat dengan penduduk seperti Beit Lahiya hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah pun teruk.
Keputusan untuk mengisytiharkan Beit Lahiya sebagai kawasan bencana juga mendapat perhatian daripada masyarakat antarabangsa, termasuk negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, yang telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan keganasan dan kesan buruknya terhadap penduduk awam.
Dengan keadaan yang semakin meruncing, seruan untuk bantuan kemanusiaan segera dan pembukaan laluan selamat menjadi semakin mendesak untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Beit Lahiya.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Beit Lahiya
#bantuan kemanusiaan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan