INTERNATIONAL
Bekalan di Gaza semakin susut ketika krisis bertambah parah - UNRWA
Israel telah menyekat kemasukan bekalan ke Gaza selama lebih sebulan, menyebabkan keadaan semakin meruncing. -Gambar fail/AP
NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bekalan bantuan kemanusiaan di Genting Gaza semakin berkurangan ke tahap berbahaya, dengan situasi di wilayah itu semakin merosot dengan cepat, dan menggesa agar sekatan Israel ditamatkan segera bagi membolehkan bantuan disalurkan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Ringkasan AI
- UNRWA memberi amaran bahawa bekalan bantuan kemanusiaan di Gaza semakin berkurangan ke tahap berbahaya.
- Israel telah menyekat kemasukan bekalan ke Gaza selama lebih sebulan, menyebabkan keadaan semakin meruncing.
- UNRWA menggesa sekatan Israel ditamatkan segera untuk membolehkan bantuan disalurkan tanpa berlengah.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, UNRWA berkata lebih sebulan telah berlalu sejak Israel menyekat kemasukan bekalan kemanusiaan dan komersial ke Gaza.
Agensi itu menegaskan pasukannya terus menyalurkan bantuan menggunakan sumber terhad yang ada, namun memberi amaran bahawa stok bekalan semakin kehabisan dan keadaan semakin meruncing.
UNRWA menggesa sekatan Israel ditamatkan segera dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu disambung semula tanpa berlengah, tambah UNRWA.
-- BERNAMA