awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA

Bernama
Bernama
25/11/2024
04:40 MYT
Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA menjelaskan, lebih dua juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Gaza kini dikepung oleh kelaparan, dahaga, penyakit dan ketakutan. - Gambar/ Reuters
RAMALLAH: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan bahawa bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menurut laporan itu, situasi sedemikian menyebabkan krisis yang teruk, khususnya dalam mendapatkan bekalan roti, sehingga kebanyakan kedai roti di selatan Semenanjung Gaza terpaksa ditutup.
UNRWA menjelaskan bahawa lebih dua juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza kini dikepung oleh kelaparan, dahaga, penyakit dan ketakutan, dengan mendapatkan makanan menjadi tugas yang mustahil bagi keluarga di wilayah itu.
Agensi itu turut menyatakan bahawa keadaan penduduk berkenaan di khemah dan pusat perlindungan perpindahan adalah tragis, memandangkan kelaparan dan kesejukan, serta ketidakmampuan organisasi antarabangsa untuk memenuhi keperluan mereka akibat kekurangan makanan dan pemakanan.
UNRWA menyeru pembukaan penuh lintasan sempadan dan kemasukan bekalan yang diperlukan penduduk bagi mengurangkan kebuluran yang semakin memburukkan kes-kes kekurangan zat makanan dan pelbagai penyakit.
--BERNAMA-WAFA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UNRWA
#Gaza
#kekejaman israel
#kebuluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan