[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Bekas ahli One Direction, Liam Payne ditemui maut jatuh dari tingkat tiga hotel

Astro Awani 16/10/2024 | 22:50 MYT
Liam Payne ketika hadir pada majlis British Fashion Awards di London, 5 Dis 2022. Artis itu ditemui maut setelah jatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, 16 Okt 2024. - Gambar fail/AP
BEKAS ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan maut di sebuah hotel di Buenos Aires, ibu negara Argentina, pada Rabu waktu tempatan.
Memetik laporan media antarabangsa, Liam yang berusia 31 tahun ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga hotel tersebut.
Menurut pegawai keselamatan, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Pihak polis memaklumkan, ketika panggilan diterima, laporan menyebut tentang "seorang lelaki agresif yang mungkin berada di bawah kesan dadah dan alkohol".
Petugas ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi itu, yang ditemui di patio teres dalaman hotel.
Polis berkawal di luar hotel tempat Liam Payne ditemui mati selepas terjatuh dari balkoni di Buenos Aires, 16 Okt 2024. (Foto AP)
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Polis berkumpul di luar hotel tempat Liam Payne ditemui mati selepas terjatuh dari balkoni di Buenos Aires, 16 Okt 2024. (Foto AP)
Liam Payne merekodkan kemasyhuran global sebagai sebahagian daripada kumpulan pop One Direction yang telah dibubarkan, bersama Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlinson.
Kumpulan lelaki itu bermula selepas menduduki tempat ketiga dalam rancangan pertandingan muzik X Factor versi British pada 2010, namun berpecah pada 2016 kerana ahlinya meneruskan projek berbeza termasuk kerjaya solo.
Liam Payne (dua, kanan) bersama ahli kumpulan One Direction yang lain, Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Liam Tomlinson pada majlis GQ Men of the Year Awards di London, 6 Sept 2011. - Gambar fail/AP
#Liam Payne #One Direction #jatuh dari tingkat tiga hotel #Liam Payne meninggal dunia