awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas angkasawan Buzz Aldrin umum perkahwinan keempat pada usia 93 tahun

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2023
23:45 MYT
Bekas angkasawan Buzz Aldrin umum perkahwinan keempat pada usia 93 tahun
Aldrin bersama "cinta lamanya" Faur pada majlis perkahwinan mereka Jumaat lalu. -Twitter/@Buzz Aldrin
BEKAS angkasawan Edwin 'Buzz' Aldrin mengumumkan perkahwinan dengan "cinta lamanya" pada hari lahir ke-93 Jumaat lalu.
Aldrin mengumumkan perkahwinan keempatnya ini di Twitter.
"Pada hari lahir ke-93 dan pada hari bakal dikurnia penghormatan oleh Living Legends of Aviation, saya dengan sukacitanya mengumumkan cinta lama Dr Anca Faur dan saya telah berkahwin.
“Kami disatukan dalam satu majlis peribadi di Los Angeles dan teruja seperti remaja kahwin lari," tulis Aldrin.
Beliau menitip dua gambar dirinya memakai tuksedo dan Faur memakai gaun bergemerlapan berlengan panjang.
On my 93rd birthday & the day I will also be honored by Living Legends of Aviation I am pleased to announce that my longtime love Dr. Anca Faur & I have tied the knot.We were joined in holy matrimony in a small private ceremony in Los Angeles & are as excited as eloping teenagers pic.twitter.com/VwMP4W30Tn
— Dr. Buzz Aldrin (@TheRealBuzz) January 21, 2023
Dr Faur, 63, yang memiliki PhD dalam kejuruteraan kimia ialah naib presiden eksekutif syarikat Aldrin, Buzz Aldrin Ventures.
Aldrin turut mengucapkan terima kasih kepada peminat atas ucapan selamat ulang tahun mereka dalam satu lagi tweet.
Thank you for all of the Happy Birthday wishes and heartfelt goodwill! It means a lot and I hope to continue serving a greater cause for many more revolutions around the sun!!Onward and upward and best wishes to all of you as well!
— Dr. Buzz Aldrin (@TheRealBuzz) January 20, 2023
Aldrin, atau nama penuhnya Edwin Eugene Aldrin Jr, dilahirkan pada 20 Januari 1930 di Glen Ridge, New Jersey, Amerika Syarikat.
Aldrin pertama kali berkahwin pada 1954 ketika berusia 24 tahun dengan Joan Archer.
Perkahwinan kedua Aldrin adalah dengan Beverly Van Zile (1975–1978), dan kemudiannya dengan Lois Driggs Cannon (1988–2012).
Perceraian Aldrin pada 2012 menyaksikan beliau perlu membayar bekas isterinya 30 peratus daripada pendapatan semasa.
Beliau mempunyai tiga anak iaitu Janice Aldrin, Andrew Aldrin, dan James Aldrin.
Aldrin merupakan manusia kedua pernah menjejakkan kaki di bulan pada tahun 1969 selepas Neil Armstrong dalam misi ke bulan pada Julai 1969.
Misi hampir 250,000 batu ke bulan menaiki kapal angkasa Apollo 11 itu turut disertai Neil Armstrong dan Michael Collins.
Topic Berkaitan
#Bekas angkasawan
#Edwin Buzz Aldrin
#Anca Faur
#perkahwinan keempat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan