Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Garuda Indonesia, Emirsyah Satar, dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun oleh Mahkamah Indonesia atas kesalahan rasuah.

Tuduhan terhadapnya membabitkan pengubahan wang haram berkaitan perolehan pesawat dan enjin daripada syarikat Airbus serta Roll-Royce.

Peguamnya memaklumkan, anak guamnya itu turut dikenakan denda sebanyak RM7.67 juta.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) mendapati Satar, yang ketika itu berkhidmat sebagai CEO Garuda dari 2005 hingga 2014, terbabit dengan pembayaran daripada seorang ahli perniagaan menerusi pihak ketiga.

Bayaran itu adalah bagi menguruskan pemerolehan enjin jenis Rolls-Royce Trent 700 dan pesawat Airbus A320 serta A330 oleh Garuda selain berkitan perolehan pesawat Airbus untuk PT Citilink Indonesia iaitu anak syarikat Garuda.

Februari lalu, Airbus setuju untuk membayar saman RM17.3 juta selepas mencapai rundingan pengakuan dengan pendakwa raya di Britain, Perancis dan AS berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan yang berlangsung sekitar 15 tahun.

Satar sebelum ini pernah menafikan salah lakunya, bagaimanapun nasibnya akan ditentukan minggu depan sama ada mahu membuat rayuan terhadap hukuman atau sebaliknya.