Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Bekas Gabenor Fed Adriana Kugler letak jawatan selepas didakwa langgar peraturan dagangan

Astro Awani 16/11/2025 | 07:40 MYT
Kugler (foto) gagal mendapat pengecualian khas dari Pengerusi Fed, Jerome Powell, untuk urus niaga sahamnya sebelum meletak jawatan. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Bekas Gabenor Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Adriana Kugler, didakwa meletak jawatan secara mengejut pada Ogos lalu selepas didapati melanggar peraturan etika dagangan saham.


Ringkasan AI
  • Bekas Gabenor Fed, Adriana Kugler, meletak jawatan selepas melanggar peraturan etika dagangan saham, termasuk berurus niaga semasa 'blackout' dagangan sebelum mesyuarat Fed.
  • Kugler gagal mendapat pengecualian khas dari Pengerusi Fed, Jerome Powell, untuk urus niaga sahamnya sebelum meletak jawatan.
  • Pendedahan laporan etika mendedahkan urus niaga saham Kugler melibatkan syarikat terkenal seperti Apple dan Southwest Airlines, dan kes kini dirujuk untuk siasatan lanjut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut dokumen yang didedahkan Pejabat Etika Kerajaan AS pada 15 November menunjukkan Kugler menjalankan beberapa urus niaga saham individu sepanjang 2024, termasuk semasa tempoh 'blackout' — iaitu larangan dagangan menjelang mesyuarat dasar monetari Fed.

Menurut pegawai Fed, Kugler memohon pengecualian khas bagi menyelesaikan isu pegangan sahamnya, namun permintaan itu ditolak oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell, menjelang mesyuarat dasar pada 29-30 Julai.

Beliau tidak menghadiri mesyuarat tersebut dan meletak jawatan beberapa hari kemudian.

Laporan etika turut mendedahkan urus niaga melibatkan saham syarikat seperti Apple, Southwest Airlines, Caterpillar dan Cava Group.

Permohonan beliau untuk pengesahan laporan kewangan awam turut ditolak oleh pegawai etika Fed, dan kes dirujuk untuk siasatan lanjut.

Kugler, yang juga profesor di Universiti Georgetown, kembali ke dunia akademik selepas meninggalkan jawatan di Fed.

Peletakan jawatannya membuka ruang kepada Presiden Donald Trump untuk melantik sekutunya, Stephen Miran, ke dalam Lembaga Gabenor Fed.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapakah bekas Gabenor Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Adriana Kugler, meletak jawatan secara mengejut?
    A: Adriana Kugler meletak jawatan selepas didapati melanggar peraturan etika dagangan saham, termasuk melaksanakan urus niaga saham individu semasa tempoh "blackout".
  • Q: Apakah tindakan yang diambil Fed berkenaan permintaan pengecualian khas yang diajukan oleh Kugler?
    A: Permintaan pengecualian khas Kugler untuk urus niaga sahamnya ditolak oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell, menjelang mesyuarat dasar monetari Fed.
  • Q: Apakah syarikat-syarikat yang terlibat dalam urus niaga saham individu yang dilakukan oleh Kugler?
    A: Urus niaga saham individu Kugler melibatkan syarikat seperti Apple, Southwest Airlines, Caterpillar, dan Cava Group.
  • Q: Siapakah yang dilantik menggantikan Kugler selepas beliau meletak jawatan?
    A: Presiden Donald Trump melantik sekutunya, Stephen Miran, ke dalam Lembaga Gabenor Fed menggantikan Adriana Kugler.



#Adriana Kugler #Bekas Gabenor Fed #langgar etika dagangan saham #urus niaga semasa 'blackout'