awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Dasar Luar EU kecam kegagalan blok bertindak terhadap Israel

Bernama
Bernama
16/07/2025
21:00 MYT
Bekas Ketua Dasar Luar EU kecam kegagalan blok bertindak terhadap Israel
Borrell telah menjadi pengkritik lantang terhadap serangan Israel dan sebelum ini menggesa supaya Perjanjian Persatuan EU-Israel dikaji semula kerana memberikan keistimewaan perdagangan kepada Tel Aviv. - Gambar fail/REUTERS
BRUSSELS: Majlis Kesatuan Eropah (EU) gagal menggunakan peluang pada minggu ini untuk menghentikan "jenayah perang" dan genosid oleh Israel di Gaza, menurut bekas Ketua Dasar Luar EU, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"@EUCouncil gagal semalam membuat keputusan berhubung pelanggaran Israel terhadap klausa Hak Asasi Manusia dalam Perjanjian Persatuan. Tetapi kegagalan itu sendiri adalah satu keputusan: untuk tidak menghukum jenayah perang Israel yang berterusan dan membiarkan genosid di Gaza terus berlaku tanpa halangan," kata Josep Borrell menerusi hantaran di platform X pada Rabu.
Perjanjian Persatuan EU-Israel yang mengawal hubungan politik dan ekonomi antara kedua-dua pihak mengandungi klausa mengikat yang mewajibkan pematuhan terhadap prinsip hak asasi manusia dan demokrasi. Kegagalan mematuhi klausa ini boleh menyebabkan sekatan atau penggantungan perjanjian tersebut.
Menteri-menteri luar EU bermesyuarat pada Isnin dan Selasa untuk membincangkan kebimbangan yang semakin meningkat berhubung serangan Israel di Gaza, di tengah-tengah peningkatan korban awam dan seruan antarabangsa untuk kebertanggungjawapan. Namun, negara anggota gagal mencapai kata sepakat, menyebabkan tiada keputusan rasmi dibuat untuk menggantung perjanjian atau mengenakan sekatan.
Borrell, yang menamatkan tempohnya sebagai diplomat tertinggi EU tahun lalu, telah menjadi pengkritik lantang terhadap serangan Israel dan sebelum ini menggesa supaya Perjanjian Persatuan EU-Israel dikaji semula kerana memberikan keistimewaan perdagangan kepada Tel Aviv.
Israel menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata dan meneruskan serangan kejam ke atas Gaza sejak akhir Oktober 2023, yang telah meragut lebih 58,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perang di wilayah itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#EU
#Ketua Dasar Luar EU
#Josep Borrell
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami