DUNIA
Bekas Ketua FBI James Comey didakwa, Trump terus 'kejar' pengkritik
James Comey telah didakwa atas tuduhan jenayah melibatkan kenyataan palsu dan menghalang siasatan pada Khamis, sekali gus meningkatkan lagi kempen Presiden Trump untuk menghukum pihak yang pernah menyiasat atau mengkritiknya. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengumumkan, bekas Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James Comey telah didakwa atas tuduhan jenayah melibatkan kenyataan palsu dan menghalang siasatan pada Khamis (25 Sept), sekali gus meningkatkan lagi kempen Presiden Donald Trump untuk menghukum pihak yang pernah menyiasat atau mengkritiknya.
Jika sabit kesalahan, Comey berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Trump memecat Comey pada 2017, di awal penggal pertamanya sebagai Presiden daripada Parti Republikan.
Sejak itu, beliau kerap mengecam cara Comey mengendalikan siasatan FBI berhubung hubungan antara kempen pilihan raya Trump 2016 dengan pihak Rusia.
Selepas pendakwaan diumumkan, Comey menegaskan, beliau tidak bersalah dan yakin dengan sistem kehakiman Persekutuan.
“Hati saya hancur untuk Jabatan Kehakiman, tetapi saya mempunyai keyakinan besar terhadap sistem kehakiman Persekutuan. Saya tidak bersalah, jadi biarlah perbicaraan berlangsung. Kita perlu terus percaya,” kata Comey dalam satu mesej video di Instagram.
Comey dijangka menyerah diri pada pagi Jumaat, menurut laporan CNN.
Sejak kembali ke White House pada Januari lalu, pentadbiran Trump melalui Jabatan Kehakiman telah meneliti semula keterangan Comey pada 2020 di hadapan Jawatankuasa Kehakiman Senat, ketika beliau menafikan tuduhan bahawa dirinya mengarahkan pendedahan maklumat sulit kepada media.
Kes terhadap Comey, yang berkhidmat sebagai Ketua FBI dari 2013 hingga 2017 dianggap contoh paling ketara bagaimana Trump menggunakan kuasa penguatkuasaan undang-undang terhadap pengkritik utama selepas berikrar untuk melakukan ‘pembalasan’ sepanjang kempen pilihan raya 2024.
Pendakwaan juri besar itu hadir selepas Trump menyebut nama Comey dalam hantaran di media sosial sambil mengkritik Peguam Negara AS, Pam Bondi, kerana tidak segera membawa pendakwaan jenayah terhadap pengkritik utamanya. “KEADILAN MESTI DITEGAKKAN, SEKARANG,” tulis Trump.
Bondi dalam kenyataan di platform X berkata: “Tiada siapa yang mengatasi undang-undang.”
Walaupun tidak menyebut Comey secara khusus, beliau menambah: “Pendakwaan hari ini mencerminkan komitmen Jabatan Kehakiman untuk memastikan mereka yang menyalahgunakan kuasa dan mengelirukan rakyat Amerika dipertanggungjawabkan. Kami akan terus ikut fakta dalam kes ini.”
Ketegangan dalam Jabatan Kehakiman
Langkah menyasarkan Comey bagaimanapun menimbulkan keraguan dalam kalangan pendakwa raya di Daerah Timur Virginia, pejabat Peguam Negara yang mengendalikan kes tersebut.
Ketua Pendakwa Persekutuan daerah itu, Erik Siebert meletakkan jawatan minggu lalu selepas dikritik Trump kerana menyuarakan keraguan terhadap kekuatan kes.
Timbalannya, Mary “Maggie” Cleary, turut menyatakan kebimbangan.
Beberapa pendakwa lain dilaporkan memberitahu pengganti Siebert, Lindsey Halligan, bahawa tuduhan tidak sepatutnya difailkan kerana kekurangan bukti.
Halligan sebelum ini merupakan penasihat White House dan juga bekas peguam peribadi Trump.
Trump dan Comey mempunyai hubungan tegang sejak awal pentadbiran 2017, apabila Comey secara terbuka mengesahkan bahawa kempen Trump sedang disiasat berhubung kaitan dengan Rusia.
Pemecatan Comey ketika itu membawa kepada pelantikan Robert Mueller sebagai pendakwa khas, yang meneruskan siasatan mengenai campur tangan Rusia dalam pilihan raya 2016.
Siasatan tersebut mendedahkan banyak interaksi antara kempen Trump dan pegawai Rusia, tetapi tidak menemui bukti mencukupi untuk membuktikan konspirasi jenayah.
Walaupun begitu, Trump berulang kali menyifatkan siasatan itu sebagai “pemburuan sihir.”
Pentadbirannya kini giat mencabar dapatan badan perisikan dan penguatkuasaan undang-undang AS mengenai campur tangan Rusia.
Satu laporan dalaman Jabatan Kehakiman pada 2019 turut menegur tindakan Comey yang meminta rakannya menyerahkan memo interaksinya dengan Trump kepada New York Times.
Namun, pada ketika itu Jabatan Kehakiman memutuskan untuk tidak mendakwa Comey. - Agensi