[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

Bekas ketua polis antidadah China dijatuhkan hukuman mati dengan penangguhan atas kesalahan rasuah

Bernama 23/06/2025 | 13:15 MYT
Bekas penasihat politik kebangsaan dan ketua polis antidadah China, Liu Yuejin dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan dua tahun kerana kesalahan rasuah. - Gambar fail/REUTERS
FUZHOU (China): Bekas penasihat politik kebangsaan dan ketua polis antidadah China, Liu Yuejin dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan dua tahun kerana kesalahan rasuah, lapor Xinhua.
Liu dijatuhi hukuman itu di sebuah mahkamah di Wilayah Fujian, timur China pada Isnin.
Liu merupakan Ahli Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 Majlis Perundingan Politik Rakyat China dan Ketua Biro Kawalan Dadah Kementerian Keselamatan Awam.
-- BERNAMA
#bekas ketua polis antidadah China #dijatuhi hukuman mati #penanngguhan dua tahun #Rasuah