[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
INTERNATIONAL

Bekas Maharaja Jepun alami masalah jantung

Bernama 26/07/2022 | 13:15 MYT
Akihito kini menjalani pemeriksaan kesihatan jantung di Hospital Universiti Tokyo. - Gambar fail/ Reuters
ISTANBUL: Kerabat diraja Jepun pada Selasa mendedahkan bekas Maharaja Akihito mengalami masalah kegagalan jantung.

Istana itu memaklumkan, baginda yang berusia 88 tahun telah mendapatkan rawatan sejak akhir Jun, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi berita Kyodo.

Akihito kini menjalani pemeriksaan kesihatan jantung di Hospital Universiti Tokyo.

Baginda merupakan maharaja pertama dalam sejarah Jepun yang melepaskan takhtanya pada 30 April 2019.

Maharaja Naruhito, anak sulung Akihito, kemudian naik takhta pada 1 Mei tahun yang sama.

-- BERNAMA
#Maharaja Jepun #sakit jantung #Maharaja Akihito #Maharaja Naruhito