awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Menteri Luar Jepun Motegi bertanding dalam pemilihan Ketua LDP

Bernama
Bernama
08/09/2025
09:17 MYT
Bekas Menteri Luar Jepun Motegi bertanding dalam pemilihan Ketua LDP
Bekas Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi pada Isnin mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan presiden parti LDP. - Foto FB Toshimitsu Motegi
TOKYO: Bekas Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi pada Isnin mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan presiden parti pemerintah susulan keputusan Perdana Menteri Shigeru Ishiba untuk meletak jawatan, lapor Kyodo News.

Ringkasan AI
  • Toshimitsu Motegi dan Yoshimasa Hayashi menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) selepas Perdana Menteri Shigeru Ishiba mengumumkan peletakan jawatan.
  • Pemilihan presiden parti akan ditentukan format dan tarikhnya dalam masa terdekat, dengan beberapa tokoh lain seperti Sanae Takaichi dan Shinjiro Koizumi turut dijangka bertanding.
  • Ishiba meletak jawatan selepas tekanan dalaman parti susulan keputusan buruk dalam pilihan raya, dan kepimpinan LDP akan kekal sehingga pemilihan selesai.

Menurut sumber, seorang lagi bekas Menteri Luar yang kini Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi juga merancang untuk bertanding.
Ishiba menyatakan hasrat untuk meletak jawatan dalam sidang media tergempar pada Ahad selepas menghadapi tekanan ahli parti yang mahu beliau bertanggungjawab atas keputusan buruk dalam pilihan raya Dewan Kaunselor pada Julai lalu.
"Saya telah membuat keputusan untuk bertanding dalam pemilihan presiden," kata Motegi, 69, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP).
Ini merupakan pencalonannya yang kedua selepas pernah bertanding pada pemilihan 2024 yang dimenangi Ishiba.
Pada mesyuarat parti pada Isnin, yang asalnya dijadual untuk memutuskan sama ada perlu diadakan pemilihan tergempar, Ishiba memaklumkan keputusannya untuk berundur.
Format dan jadual pemilihan presiden dijangka diputuskan pada Selasa atau selepas itu. Kepimpinan eksekutif LDP akan kekal sehingga pemilihan selesai.
Dalam pada itu, Ishiba berkata beliau menerima hakikat bahawa beberapa anggota Kabinet bersedia menawarkan diri untuk bertanding kerana ia adalah "perkara biasa".
Antara tokoh lain yang dijangka bertanding ialah bekas Menteri Keselamatan Ekonomi, Sanae Takaichi yang tewas kepada Ishiba dalam pusingan penentu pemilihan terdahulu.
Takaichi, yang rapat dengan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe, dikenali dengan pendirian kerasnya terhadap isu keselamatan negara.
Menteri Pertanian Shinjiro Koizumi, anak kepada bekas Perdana Menteri Junichiro Koizumi, juga dilihat sebagai calon berpotensi untuk jawatan presiden parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Toshimitsu Motegi
#Bekas Menteri Luar Jepun
#bertanding
#calon Perdana Menteri Jepun
#Ketua LDP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan