awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas menteri Thailand tubuh parti baharu

Bernama
Bernama
19/01/2022
20:50 MYT
Bekas menteri Thailand tubuh parti  baharu
Uttama berkata, parti politik baharu yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat itu berharap dapat menyelesaikan semua masalah mendesak dalam negara. - Gambar hiasan/ AP
BANGKOK: Dua bekas pemimpin parti pemerintah Thailand - parti Palang Pracharath (PPRP) telah menubuhkan parti politik baharu - Sarng Anacot Thai, dan berikrar membantu memulihkan ekonomi negara.
Sarng Anacot Thai bermaksud "Membina Masa Depan Thailand" telah dilancarkan oleh bekas menteri kewangan Uttama Savanayana dan bekas menteri tenaga Sontirat Sontijirawong pada Rabu.
Kedua-duanya pernah berkhidmat dalam barisan Kabinet Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha sebelum meletak jawatan pada Julai 2020.
Uttama berkata, parti politik baharu yang mewakili pelbagai latar belakang masyarakat itu berharap dapat menyelesaikan semua masalah mendesak dalam negara.
"Kami di sini bukan meneruskan kekuasaan mana-mana parti politik. Kami di sini untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya pada pelancaran rasmi parti itu, di sini.
Beliau menambah, parti itu tidak akan mencalonkan Prayuth sebagai calon perdana menteri, sambil menambah bahawa perdana menteri seterusnya 'mesti berkebolehan serta diiktiraf di peringkat antarabangsa'.
Uttama dan Sontirat adalah pemimpin utama dalam PPRP yang membantu Prayuth kembali menjawat jawatan perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum 2019.
Bagaimanapun, kedua-duanya meletak jawatan dan bertindak keluar parti pada 2020 berikutan perebutan kuasa dalam gabungan parti pemerintah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#parti baharu
#bekas menteri
#Palang Pracharath
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan