awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pelapor khas PBB Richard Falk disoal siasat berjam-jam di Kanada

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2025
23:50 MYT
Bekas pelapor khas PBB Richard Falk disoal siasat berjam-jam di Kanada
Falk, seorang pakar undang-undang antarabangsa, ditahan hampir empat jam tanpa pertuduhan yang dikenakan. - Foto X/Richard Falk
MONTREAL: Richard Falk, bekas Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki, mendakwa beliau dan isterinya telah disoal siasat selama beberapa jam oleh pihak berkuasa Kanada atas alasan keselamatan negara ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson, Khamis lalu.

Ringkasan AI
  • Bekas Pelapor Khas PBB Richard Falk dan isterinya disoal siasat di Lapangan Terbang Toronto Pearson atas alasan keselamatan negara ketika tiba di Kanada untuk menghadiri acara berkaitan Gaza di Ottawa.
  • Falk, seorang pakar undang-undang antarabangsa, ditahan hampir empat jam tanpa pertuduhan yang dikenakan, menimbulkan kebimbangan mengenai kebebasan bersuara dan tekanan terhadap individu yang mengkritik dasar Israel terhadap Palestin.
  • Insiden ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan komuniti hak asasi manusia dan akademik antarabangsa, merangsang perdebatan mengenai kebebasan akademik, hak untuk bersuara, dan dasar imigresen Kanada terhadap tokoh yang terlibat dalam isu-isu sensitif antarabangsa.

Falk, 95, seorang pakar undang-undang antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), berada di Kanada untuk menghadiri satu acara berkaitan Gaza di Ottawa.
Dalam temu bual bersama Al Jazeera, beliau berkata seorang pegawai keselamatan memaklumkan mereka ditahan kerana dianggap “mengancam keselamatan negara”.
“Saya tidak pernah mengalami perkara seperti ini sebelum ini,” kata Falk, yang berkhidmat sebagai pelapor khas PBB dari 2008 hingga 2014.
Isterinya, Hilal Elver, juga seorang sarjana undang-undang, turut ditahan bersama beliau.
Menurut laporan, kedua-dua mereka ditahan hampir empat jam sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.
Tiada sebarang pertuduhan dikenakan, namun insiden itu mencetuskan kebimbangan mengenai kebebasan bersuara dan tekanan terhadap tokoh yang lantang mengkritik dasar Israel terhadap Palestin.
Falk menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk “menutup kebenaran” mengenai konflik di Gaza.
Beliau sebelum ini dikenali kerana laporannya yang mengkritik keras pencabulan hak asasi manusia oleh Israel di wilayah Palestin yang diduduki.
Pihak berkuasa Kanada belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden ini.
Namun, komuniti hak asasi manusia dan akademik antarabangsa menyuarakan kebimbangan terhadap layanan yang diterima Falk, yang dianggap tidak wajar terhadap seorang tokoh akademik berprofil tinggi.
Insiden ini dijangka mencetuskan perdebatan lanjut mengenai kebebasan akademik, hak untuk bersuara, dan dasar imigresen Kanada terhadap tokoh yang terlibat dalam isu-isu sensitif antarabangsa.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Richard Falk
#Israel
#Palestin
#soal siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan