awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemilik rumah pengebumian dihukum penjara 20 tahun jual anggota badan

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2023
01:15 MYT
Bekas pemilik rumah pengebumian dihukum penjara 20 tahun jual anggota badan
Megan Hess ketika ditemu ramah agensi berita Reuters pada tahun 2016 di rumah pengebumian miliknya di Colorado, AS. - Foto REUTERS
BEKAS pemilik rumah pengebumian di Colorado, Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun pada Selasa selepas didapati bersalah menjual anggota badan si mati.
Megan Hess, 46 tahun, mengaku bersalah pada Julai tahun lepas atas tuduhan menipu ahli keluarga si mati dengan memotong 560 mayat dan menjual anggota badan tanpa kebenaran.
Menurut dokumen mahkamah, wanita itu mengendalikan rumah pengebumian Sunset Mesa serta satu lagi syarikat yang membekalkan anggota badan, Donor Services, di bangunan yang sama di Montrose, Colorado.
Hukuman penjara 20 tahun itu adalah yang paling maksimum di bawah undang-undang Colorado.
Ibu Hess, Shirley Koch, 69 tahun, juga mengaku bersalah menipu keluarga si mati dan dihukum penjara selama 15 tahun.
Mahkamah diberitahu, tugas utama Koch adalah untuk memotong anggota badan mayat.
"Hess dan Koch menggunakan rumah pengebumian mereka untuk mencuri mayat dan anggota badan menggunakan borang penderma yang dipalsukan," kata Pendakwa Raya Tim Neff.
Hakim mahkamah mengarahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara serta-merta.
Di AS, menjual organ manusia seperti jantung, buah pinggang dan serat tisu adalah salah di sisi undang-undang - ia hanya boleh didermakan.
Namun menjual anggota badan seperti kepala, tangan dan tulang belakang - yang dilakukan Hess - untuk kegunaan kajian atau pendidikan tidak dilaraskan di bawah undang-undang persekutuan.
Di rumah pengebumiannya, Hess menerima bayaran sebanyak AS$1,000 untuk perkhidmatan pembakaran mayat, namun tidak melakukannya.
Siasatan polis mendapati Hess menipu lebih 200 keluarga dan memberikan mereka abu daripada pelbagai anggota badan mayat lain yang tidak dapat dijual.
Topic Berkaitan
#pemilik rumah pengebumian
#Megan Hess
#jual anggota badan
#mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan