DUNIA
Bekas penasihat Trump, John Bolton didakwa atas kesalahan jenayah rahsia negara
Bolton didakwa atas pertuduhan jenayah persekutuan berkaitan pemilikan dan penyebaran maklumat pertahanan negara secara tidak sah - satu kes yang boleh menyebabkan beliau berdepan hukuman penjara puluhan tahun jika sabit kesalahan. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Bekas penasihat keselamatan negara kepada Donald Trump, John Bolton, telah didakwa atas pertuduhan jenayah persekutuan berkaitan pemilikan dan penyebaran maklumat pertahanan negara secara tidak sah - satu kes yang boleh menyebabkan beliau berdepan hukuman penjara puluhan tahun jika disabitkan kesalahan.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) membentangkan kes itu kepada juri agung di Maryland pada Khamis, yang kemudian bersetuju bahawa terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Bolton, 76.
Siasatan terhadapnya bermula selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu kediaman dan pejabatnya pada Ogos lalu berkait dengan dakwaan salah guna maklumat sulit kerajaan.
Lapan tuduhan penyebaran rahsia pertahanan
Menurut dokumen dakwaan setebal 26 muka surat difailkan di Mahkamah Greenbelt, Maryland, Bolton menghadapi lapan pertuduhan penyebaran maklumat pertahanan negara (NDI) dan 10 pertuduhan memiliki maklumat tersebut secara tidak sah.
Pihak pendakwa mendakwa, beliau menghantar maklumat sulit berkaitan keselamatan negara melalui e-mel peribadi dan aplikasi mesej lain.
Dokumen itu menyebut, maklumat berkenaan termasuk risikan mengenai serangan masa depan, pemimpin negara musuh dan hubungan dasar luar.
Jika disabitkan kesalahan, Bolton boleh dijatuhi hukuman maksimum 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan dan dijangka menyerah diri kepada pihak berkuasa pada Jumaat.
Tiada siapa kebal di sisi undang-undang
Peguam Negara AS, *Pam Bondi*, dalam kenyataan berkata, tiada layanan istimewa kepada sesiapa pun.
“Sesiapa yang menyalahgunakan kuasa dan mengancam keselamatan negara akan dipertanggungjawabkan. Tiada siapa di atas undang-undang,” katanya.
Bolton setakat ini belum memberi sebarang kenyataan, namun sebelum ini menafikan sebarang salah laku.
Peguamnya, Abbe Lowell berkata, pertuduhan itu berpunca daripada catatan harian peribadi yang dibuat sepanjang 45 tahun kerjaya perkhidmatan awamnya.
“Menulis diari bukan satu jenayah. Catatan itu tidak diklasifikasikan dan hanya dikongsi dengan keluarga terdekat,” katanya.
CNN melaporkan, Bolton didakwa berkongsi maklumat itu dengan isteri dan anak perempuannya yang tidak mempunyai kelulusan keselamatan kerajaan.
Bolton, yang pernah berkhidmat sebagai Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah pentadbiran George W. Bush, dipecat oleh Trump pada 2019.
Buku memoirnya bertajuk The Room Where It Happened (2020) menggambarkan Trump sebagai pemimpin yang kurang berpengetahuan dan hanya fokus kepada kepentingan politik peribadi.
Pentadbiran Trump cuba menyekat penerbitan buku itu atas alasan mengandungi maklumat sulit, namun, mahkamah menolak permohonan tersebut.
Tidak lama selepas itu, Jabatan Kehakiman membuka siasatan terhadap Bolton atas dakwaan pendedahan maklumat rahsia melalui buku berkenaan.
Trump: “Bolton bukan orang yang baik”
Ketika ditanya mengenai pendakwaan itu pada Khamis, Trump berkata, beliau tidak mengetahui perkembangan tersebut tetapi menyifatkan Bolton sebagai “bukan orang yang baik.”
Trump sebelum ini turut melabelkan Bolton sebagai “pembohong dan tidak kompeten”, malah pernah menggesa supaya beliau didakwa.
Sejak September lalu, Bolton menjadi tokoh ketiga yang dikaitkan dengan tindakan undang-undang melibatkan pengkritik Trump - selepas bekas Pengarah FBI, James Comey dan Peguam Negara New York, Letitia James. - Agensi