awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengarah keselamatan awam Arab Saudi dipenjara 25 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
29/12/2022
03:00 MYT
Bekas pengarah keselamatan awam Arab Saudi dipenjara 25 tahun
Khalid berkhidmat sebagai Ketua Direktorat Am Keselamatan Awam kerajaan sejak Disember 2018. - Sinar Harian
RIYADH: Leftenan Jeneral Khaled Qarar al-Harbi dijatuhi hukuman penjara 25 tahun selepas disabit tuduhan rasuah.
Bekas pengarah keselamatan awam Arab Saudi itu bersama 18 yang lain disiasat tahun lalu selepas dituduh menggelapkan wang awam, pemalsuan, korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
Keputusan hukuman ke atas Khaled diumumkan The Prisoners of Conscience, sebuah pertubuhan bebas bukan kerajaan yang memperjuangkan hak asasi manusia di Arab Saudi dalam satu catatan di Twitter.
Khalid telah berkhidmat sebagai Ketua Direktorat Am Keselamatan Awam kerajaan sejak Disember 2018 dan beliau sebelum itu adalah komandan pasukan darurat khas.
Beliau dipecat dan ditangkap pada September tahun lalu selepas Raja Salman mengeluarkan titah diraja dan merujuknya untuk siasatan atas tuduhan rasuah, lapor Saudi Press Agency.
Sebelum penahanan Khaled, Arab Saudi mengumumkan bahawa ia telah membongkar berbelas kes rasuah salah satunya membabitkan seorang pegawai keselamatan negara membabitkan nilai 290 juta riyal (RM341.57 juta).
Putera Arab Saudi, Mohammed Salman pada 2017 melancarkan kempen antirasuah yang besar tidak lama selepas pelantikannya sebagai Putera Mahkota.
Kempen terbabit menjadikan hotel mewah Ritz-Carlton di Riyadh sebagai pusat penahanan sementara selama tiga bulan bagi puluhan kerabat raja dan pegawai kanan yang disyaki melakukan rasuah atau tidak setia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Pengarah kesalamatan awam
#Rasuah
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan