awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengerusi Jet Airways dihalang keluar dari India

Bernama
Bernama
26/05/2019
06:04 MYT
Bekas pengerusi Jet Airways dihalang keluar dari India
Goyal, yang mengasaskan syarikat penerbangan berusia 25 tahun itu, meletakkan jawatan sebagai pengerusi pada Mac ketika syarikat itu sedang berusaha keras mencari tunai dan pelabur baharu. - Reuters
Bekas pengerusi syarikat penerbangan Jet Airways yang sedang berdepan masalah kewangan, Naresh Goyal dan isterinya dihalang daripada menaiki penerbangan antarabangsa oleh pihak berkuasa di Mumbai.
Penerbangan Emirates Airline EK 507 sedang bersiap sedia untuk berlepas pada Sabtu apabila ia dipanggil balik oleh kawalan trafik udara, demikian lapor media tempatan.
Jet Airways menghentikan operasi penerbangan pada 17 April lepas apabila ia kehabisan tunai bagi memenuhi perbelanjaannya dan membayar hutang bank.
Menurut media India, Enforcement Directorate, agensi risikan ekonomi utama India, dan Kementerian Hal Ehwal Korporat memeriksa tempahan penerbangan dan program kesetiaan frequent-flyer Jet Privilege milik Goyal.
Goyal, yang mengasaskan syarikat penerbangan berusia 25 tahun itu, meletakkan jawatan sebagai pengerusi pada Mac ketika syarikat itu sedang berusaha keras mencari tunai dan pelabur baharu.
Jet Airways menanggung hutang bank, gaji tidak berbayar dan bayaran lain yang perlu dijelaskan berjumlah kira-kira AS$2 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dihalang keluar negara
#Emirates
#hutang
#jet airways
#Mumbai
#naresh goyal
#pengerusi jet airways
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan