DUNIA
Bekas Perdana Menteri UK, Rishi Sunak sertai Microsoft dan Anthropic sebagai penasihat
Rishi Sunak mengumumkan beliau telah menyertai gergasi teknologi Amerika Syarikat, Microsoft serta syarikat pemula kecerdasan buatan (AI), Anthropic sebagai penasihat kanan. - Gambar fail Reuters
LONDON: Bekas Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mengumumkan beliau telah menyertai gergasi teknologi Amerika Syarikat, Microsoft serta syarikat pemula kecerdasan buatan (AI), Anthropic sebagai penasihat kanan.
Sunak, yang meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Konservatif selepas kekalahan dalam pilihan raya umum Julai lalu, masih berkhidmat sebagai Ahli Parlimen United Kingdom (UK).
Dalam hantaran di LinkedIn, Sunak memaklumkan, semua hasil daripada peranannya di kedua-dua syarikat itu akan disumbangkan sepenuhnya kepada The Richmond Project, sebuah badan amal yang diasaskannya bersama isteri, Akshata Murty.
Anthropic - yang disokong oleh Amazon dan Google menjelaskan, peranan penasihat separuh masa itu mematuhi sepenuhnya syarat Advisory Committee on Business Appointments (ACOBA), badan yang mengawal pelantikan baharu untuk bekas menteri dan penjawat awam kanan.
Sunak akan menasihati Anthropic mengenai strategi serta trend makroekonomi dan geopolitik global.
Jawatannya tidak melibatkan dasar khusus United Kingdom dan beliau dilarang daripada berhubung dengan pegawai kerajaan UK bagi pihak syarikat berkenaan.
Di Microsoft, Sunak akan memberikan pandangan strategik berhubung isu ekonomi global dan geopolitik, serta dijadual berucap di Microsoft Summit tahunan, menurut surat nasihat yang dikeluarkan oleh pemangku pengerusi ACOBA, Isabel Doverty, yang disiarkan di laman rasmi badan itu pada Khamis.
Sunak tidak akan terlibat dalam sebarang hal berkaitan dasar kerajaan UK.
Menurut ACOBA, bekas Perdana Menteri itu juga dilarang melobi bagi pihak syarikat selama dua tahun dari tarikh akhir perkhidmatannya sebagai menteri, serta tidak boleh menggunakan sebarang maklumat sulit yang diperoleh semasa berada dalam kerajaan.
Microsoft belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan komen daripada Reuters.
Perkembangan ini menyusul selepas Sunak kembali ke Goldman Sachs pada Julai lalu sebagai penasihat - institusi kewangan yang pernah menjadi tempat beliau bekerja sebagai penganalisis pada awal 2000-an sebelum menyertai beberapa dana lindung nilai. - Reuters